Biodata dan Latar Belakang Ameera Khan, Adik Pelakon Neelofa

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Artis Selebriti Ameera Khan yang dikemaskini pada 27 Apr 2021.  Ameera Khan atau nama sebenarnya Nur Ameera Khan adalah adik kepada Artis Neelofa.

Dikenali sebagai  Little Miss Khan lahir pada 8 Dis 2000 seorang  Instafamous dengan jumlah pengikut Instagram yang mencecah sejuta! Dirinya mendapat perhatian umum kerana penampilan, alat solek dan fesyen yang digayakan. Seorang usahawan kosmetik dengan lahirnya produk keluarannya, LMK Cosmetics sejak 8 Mei 2018, meskipun secara peribadi mengakui tidak gemar bersolek.

Turut melibatkan diri sebagai vlogger YouTube menggunakan saluran dinamakan ‘Little Miss Khan’ sejak tahun 2015 dengan sudah diikuti seramai 18,000 pengikut. Menyimpan impian untuk bergelar pengacara rancangan hiburan walaupun menyedari penguasaan bahasa Melayunya perlu diasah kerana kurang fasih.
Fakta Menarik



Beliau pernah tampil dengan imej berhijab. Sikapnya yang lantang bersuara di laman sosial sering menjadi bahan sensasi media. Mendapat jolokan nama ‘The Next Kardashians’ kerana gaya hidupnya yang dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner.

Beliau juga menggunakan dialek Kelantan dan bahasa Inggeris dalam komunikasi harian. Laman Instagramnya didaftarkan secara senyap-senyap oleh Neelofa seawal usia 13 tahun. Hanya dalam satu hari akaun itu terus mengumpul 20,000 pengikut! Pernah tular di Snapchat gara-gara membeli 161 batang gincu!

Ameera Khan Tayang Bikini Merah



Pembabitannya dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumah dengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil. Dipasarkan dengan harga berpatutan, LMK Cosmetics yang diinspirasikan daripada personaliti media, Kylie Jenner bakal menyajikan beberapa koleksi baharu bagi menampung permintaan pengguna pada pertengahan dan hujung tahun ini.

9. Bakal terjun ke bidang pengacaraan, beliau mengimpikan rancangan majalah seperti Nona dan program hiburan umpama MeleTOP untuk dikemudikan.

Ameera Khan / Little Miss Khan

Nama
Nur Ameera Khan
Tarikh Lahir 8 Dis 2020
Pekerjaan Usahawan
Instagram @littlemisskhan

Foto



Little Miss Khan – Pakai Baju rona kulit melekap di badan

Ameera Khan: “Bandingkan Dengan Neelofa… Saya Masih Muda, Jauh Lagi Perjalanan”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker