Resepi Tart Nenas Daun Warna Warni Yang Viral


Jom kita kongsi Tart Nenas Daun Yang Kini Mendapat Sambutan Hangat. Menarik!
Cantik sangat kuih ni, sayang pula nak makan! 😀

Bosan juga bila pergi beraya rumah orang, kuih yang sama je dihidangkan seperti tahun-tahun sebelum ini. Nak juga rasa kelainan kuih Raya tahun 2021 ini kan? Maklumlah, kuih Raya pun mesti style barulah.

Kalau nak kuih Raya yang nampak lebih kreatif dan lain daripada yang lain, boleh cuba untuk buat design tersendiri. Tak semestinya perlu bentuk yang sama je setiap tahun kan?

Bila dengar tart nenas, dalam fikiran mesti dah tahu bentuk kuih tu macam mana. Tapi kali ini, seorang wanita di laman Facebook iaitu Auni Azalia telah berkongsi resipi Tart Nenas Daun yang memang lain daripada yang lain. Jarang orang buat, cuma makan masa yang lama sikitlah.

Nak cuba? Boleh baca perkongsian penuh di bawah:

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memastikan Tart Nenas Daun ini berjaya adalah seperti di bawah:

1. 1 ketul mentega farm cows (sejuk dari chiller)

2. 20gm gula ising

3. 1 sudu besar minyak sapi

4. 1 sudu teh esen vanilla

5. 1 biji kuning telur (dari peti sejuk)

6. 2 sudu besar tepung jagung

7. Tepung gandum secukupnya (tuang sikit-sikit sehingga doh tidak terlalu lekat di tangan)

8. 2 biji kuning telur dan sedikit pewarna kuning

Setelah selesai menyediakan bahan yang diperlukan, anda boleh mula untuk membuat Tart Nenas Daun ini. Ikuti cara-cara seperti di bawah:

1. Keluarkan Farm Cows dari peti dan potong-potong supaya cepat lembut tetapi bukan sampai cair ya.

2. Kacau atau gaul menggunakan wisk atau senduk bila masukkan minyak sapi hingga sebati.

3. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul.

4. Masukkan gula ising dan tepung jagung.

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.

6. Timbang inti jem nenas 5gm dan doh pastry pula 8gm. Penyekkan doh dan letak inti di tengah-tengah dan tutup dgn doh pastry (macam buat kuih koci).

7. Cara nk membentuk daun tu sila rujuk gambar dibawah.

8. Gunakan penyepit kuih bangkit dan flower lifter untuk ambil inti (jem nenas) supaya jari tidak melekit-lekit.

9. Dah siap susun sapukan dgn kuning telur + setitis pewarna kuning dan bakar dgn suhu 120°c (soner oven) atau 150°c api atas bawah.

Ikuti cara dalam gambar di atas untuk membentuk daun.

Sebelum itu, sedikit tips untuk dikongsikan bagi anda yang pertama kali buat Tart Nenas Daun ini. Jangan tersalah langkah ya!

1. Tidak digalakan menggunakan butter yg cair sebab ini akan menghasilkan Tart yang berminyak selepas dibakar.

2. Doh pastry boleh disimpan di dlm chiller/peti sejuk sekiranya tidak habis atau nak sambung semula diwaktu lain. Simpan dalam bekas yang bertutup. Biarkan di bawah suhu bilik bila ingin digunakan semula.

3. Tidak menggunakan tepung kastard supaya tidak terlalu lembut dan shape daun tu tidak berubah atau kembang selepas dibakar.

Dah siap dan boleh dihidangkan untuk para tetamu di Hari Raya nanti! 🙂

Resepi Biskut Red Velvet Rangup

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker