Ameera Khan: “Bandingkan Dengan Neelofa… Saya Masih Muda, Jauh Lagi Perjalanan”

“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan. Cuma saya rasa, saya agak baik di dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen mengenai apa yang mereka perkatakan tentang saya.

“Terutamanya apabila mereka bandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan, tetapi saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” jelas adik kepada Noor Neelofa iaitu Ameera Khan yang mengakui ada ketikanya dia terganggu dengan sesetengah komen negatif yang diberikan warga maya terhadapnya di media sosial.

Bintang media sosial ini juga bagaimanapun mendedahkan, dia bijak di dalam menyembunyikan perasaan terhadap perkara tersebut. Ameera terdahulu berkongsikan mengenai perkara itu ketika melancarkan palet wajah pertama Young & Glow, The Darling Palette secara virtual, pada Selasa.

Image_2.jpg

Ameera yang bakal genap usia 21 tahun itu turut mendedahkan, apa yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bukanlah merujuk kepada gaya hidupnya secara keseluruhan.

“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan. Malah apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi. Bukan segala-galanya atau bukan 100 peratus kisah hidup saya.

“Mungkin ia hanyalah 2 peratus sahaja tetapi ada sesetengahnya yang anggap mereka tahu segalanya mengenai diri saya. Tetapi tidak mengapalah… Saya tahu mereka bukanlah tahu semuanya. Tapi inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” katanya lagi.

Image_3.jpg

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg

Image_7.jpg

Leave a Reply