Diseret Lori Hampir 1 Kilometer, Penunggang Motosikal Maut Di Bawah Tayar

Malang Tak Berbau. Nasib yang menimpa seorang penunggang motosikal apabila diseret sejauh satu kilometer oleh sebuah lori. Kejadian tersebut berlaku di MRR2 selepas bulatan Batu Caves, menghala ke Kepong.

Diseret 1 kilometer

Menerusi tweet wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap, mangsa yang dikenali sebagai Wong Chun Hung, 20, telah diseret satu kilometer oleh sebuah lori. Kejadian tersebut hanya disedari pemandu lori tersebut apabila penunggang motosikal yang lain membunyikan hon sebagai ‘tanda’ untuk berhenti.



Mangsa ketika itu, menunggang sebuah motosikal jenis MZ Motorrad, di lorong kiri jalan sebelum melanggar lopak air. Susulan pelanggaran itu, mangsa telah terbabas sebelum terjatuh ke lorong tengah jalan dan dilanggar lori.

Akibat insiden tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Salam takziah



 

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap & InfoRoadBlock JPJ/Polis , OHBulan

Pengawal keselamatan maut diseret treler



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker