Bapa dan anak gian bersama

Bapa dan anak gian bersama

Gurun: Belajar hisap dadah daripada anak. Itu pengakuan seorang lelaki selepas dia ditahan polis bersama anak lelakinya dalam Ladang Kelapa Sawit ECPI, di sini semalam.

Lelaki berusia 53 tahun itu mendakwa dia menjadi penagih selepas belajar menghisap dadah daripada anak lelakinya yang berusia 26 tahun kerana tertekan selepas bercerai dengan isterinya.



Dia mendakwa selepas bercerai, dia tinggal bersama ibunya manakala anaknya pula menetap bersama bekas isteri dan mereka bertemu di ladang terbabit untuk melepaskan gian.

Dia juga memberitahu mereka berdua tidak bekerja dan dia akan meminta wang daripada ibunya manakala anaknya pula mendapatkan wang daripada bekas isterinya untuk membeli bekalan dadah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata dalam Op Tapis Khas, bermula jam 8 pagi itu, seramai 21 individu termasuk seorang wanita ditahan ketika masuk ke kawasan berkenaan untuk mendapatkan bekalan dadah.

Menurutnya, dalam operasi selama lapan jam itu polis berjaya merampas Heroin seberat 24.1 gram (g) bernilai RM843 dan Syabu seberat 1.2g yang bernilai RM 120



“Hasil siasatan mendapati ladang kelapa sawit terbabit sudah beberapa kali diserbu namun golongan penagih dadah masih menjadikannya sebagai lokasi untuk menghisap dan mendapatkan bekalan dadah.

“Kita juga mendapati lokasi ladang yang bersempadan dengan Yan serta Pendang itu menjadi tumpuan penagih yang datang dari daerah berkenaan kerana kawasannya yang luas,” katanya.

Menurutnya, semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Kita akan menjalankan operasi seumpama ini secara berterusan bagi membendung aktiviti pengedaran dan penagihan dadah sekitar daerah ini daripada berlarutan.



“Kita juga berharap orang ramai atau masyarakat setempat dapat memaklumkan kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan pengedaran atau penagihan dadah di tempat masing-masing,” katanya. HM

Bapa dan anak gian bersama

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Misteri Penunggu Pulau Kecil Di Tepi Jambatan Pulau Pinang

Miss Universe Cemas Diekori Pak Lebai – “Nampak Dia Calit Sesuatu Di Leher, Macam Minyak”



Pasangan kekasih dikejar 10 MPV sejauh 130km

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker