‘Tokan’ rokok seludup tumpas

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup yang aktif di utara Semenanjung dengan penahanan lelaki dan merampas rokok bersama lori membabitkan nilai rampasan lebih RM3.5 juta di Kulim semalam.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, bertindak atas maklumat orang awam, Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas Pasukan Gerakan Khas (PGK) JKDNKA Bukit Aman melancarkan operasi di kawasan itu.

Menurutnya, operasi itu berjaya menahan lelaki berusia 33 tahun untuk siasatan lanjut bersama sejumlah 4,470,000 batang rokok putih seludup.



“Turut dirampas adalah sebuah lori 10 tan dan empat kontena dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM3,504,500.

“Suspek direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kanak-kanak dipercayai jadi penjual rokok seludup di Sabah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker