Sebaik keluar kereta, lelaki ini maut dirempuh lori

 

Subang Jaya: Tindakan seorang pemandu kereta berhenti di lorong kecemasan sebelum keluar dari kenderaan secara mendadak menyebabkan dia dirempuh sebuah lori.

Dalam kejadian jam 2.15 pagi tadi, mangsa berusia 39 tahun maut serta merta di Kilometer 37.6 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari arah Kuala Lumpur ke Shah Alam, di sini.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Prius dipandu mangsa berhenti di tepi lorong kecemasan.

“Mangsa kemudian keluar dari kenderaannya sebelum dilanggar sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 53 tahun yang datang dari arah sama.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di bahagian kepala,” katanya.

Pakcik dah kenapa?



Beliau berkata, pihaknya belum dapat mengenal pasti punca mangsa memberhentikan kereta dan keluar dari kenderaannya.

“Hasil ujian dadah dan alkohol dilakukan terhadap pemandu lori berkenaan didapati negatif.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian sedang diusahakan. Siasatan lanjut sedang diteruskan untuk mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.



Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) untuk bedah siasat.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 0122863875,” katanya.

 

Insiden polis dirempuh semakin meningkat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker