Rampas lebih 13 tan daging kambing sejuk beku

Lebih 13 tan daging kambing sejuk beku dari Australia yang dibawa masuk ke negara ini dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang ketika pemeriksaan kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, kelmarin.

Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan yang dijalankan 5.45 petang itu mendapati daging kambing sejuk beku seberat 13,651 kilogram (kg) bernilai RM365,917.45.

“Daging kambing sejuk beku ini adalah jenis ‘boneless mutton leg’ seberat 6,020 kg, ‘boneless mutton trunk’ (5,630 kg) dan ‘mutton tribe’ (2,001kg).

“Ketika penguatkuasa melakukan semakan didapati maklumat yang dikemukakan pada barangan terbabit adalah tidak tepat dan mengelirukan seperti yang dinyatakan pada syarat-syarat di dalam permit import agensi ini.

“Berikutan, kita menyita kesemua daging kambing sejuk beku itu untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan akan dijalankan dibawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Bagi seksyen ini, mana-mana orang yang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah menjadi suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali,” katanya. HM

Kartel tukar daging haram jadi halal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker