Kedah lama buat ‘Pengorbanan’, Pulau Pinang jangan kedekut

Kementerian Alam Sekitar dan Air menyarankan Pulau Pinang untuk menyumbang dalam bentuk kewangan kepada Kedah selepas kerajaan negeri itu “berkorban” untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda, kata menterinya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Di atas pengorbanan besar kerajaan Negeri Kedah, alangkah baiknya sekiranya Negeri Pulau Pinang yang mendapat manfaat banyak itu dapat menyumbang dalam bentuk kewangan kepada negeri Kedah yang telah berkorban untuk kawasan tadahan air bagi memastikan negeri-negeri yang memerlukan sumber air adalah terjamin,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian menjawab pertanyaan Chow Kon Yeow (PH-Tanjong) yang mahu tahu berkaitan tindakan dan perancangan kementerian bagi memelihara kawasan tadahan air Ulu Muda, termasuk mengelakkan pencemaran di Sungai Muda.

Tuan Ibrahim berkata kawasan Ulu Muda merupakan kawasan tadahan air yang penting bagi Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah memberi jaminan kawasan tadahan air tidak akan diterokai.

“Selain itu, mana-mana kawasan pembalakan yang telah diluluskan sebelum ini, yang melibatkan kawasan tadahan air juga turut diberi jaminan oleh beliau bahawa kawasan tersebut turut akan diganti dengan kawasan yang lain,” katanya.

Chow Kon Yeow

 

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata kementeriannya juga menyambut baik komitmen Kedah untuk melindungi kawasan tadahan air dan berharap kedua-dua negeri itu mencapai keputusan menang-menang bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar dan jaminan sumber air.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang menyambut baik jaminan Kedah untuk tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda seperti yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim.

Chow yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata pihaknya berpegang kepada jaminan tersebut demi kepentingan bekalan sumber air mentah bagi keperluan 4.2 juta rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Teroka juga sumber alternatif, kata Tuan Ibrahim

Sementara itu, dia juga menggesa Pulau Pinang meneroka sumber air alternatif termasuk air pulih guna daripada kilang pembentungan dan sumber air bawah tanah.

Pulau Pinang juga, katanya, belum mewartakawan 3398.94 sebagai kawasan tadahan air.

Tuan Ibrahim berkata demikian menjawab soalan tambahan Chow berhubung jaminan Kedah bahawa kerajaan negeri itu tidak akan membenarkan aktiviti pembalakan.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker