‘Main belakang’ – Mahkamah Rayuan akan dengar merit permohonan Khairy



Sebaran :

Mahkamah Rayuan akan mendengar merit rayuan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar terhadap berhubung perintah bayaran ganti rugi am berjumlah RM150,000 terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan rayuan Khairy berhubung keputusan Mahkamah Rayuan untuk membenarkan permohonan Anwar untuk menggugurkan notis rayuan menteri itu atas dasar teknikal.

Panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim memberikan keputusan sebulat suara selepas mendengar hujahan pasukan peguam kedua-dua pihak.



Panel lain ialah para hakim Mahkamah Persekutuan iaitu P Nallini, Vernon Ong Lam Kiat, Hasnah Mohammed Hashim dan Rhodzariah Bujang. Pendengaran dibuat secara atas talian.

Pada 19 Feb 2018, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Khairy berhubung perintah membayar ganti rugi am berjumlah RM150,000 kepada Anwar atas dakwaan memfitnahnya.

Ketika itu, panel hakim membenarkan bantahan awal difailkan peguam Anwar, Sivarasa Rasiah dan J Leela, terhadap notis usul pada 9 Oktober 2017 atas dasar ia “tidak jelas dan cacat”.



Mahkamah Rayuan ketika itu tidak mendengar merit rayuan Khairy.

Peletakan Jawatan Tommy, Latheefa Bukti Jelas PH Lantik ‘Puppet’ Bukan Berdasarkan Merit – Peguam Muda

Ketika dihubungi hari ini, peguam Anwar, J Leela mengesahkan keputusan prosiding Mahkamah Persekutuan hari ini.

Katanya, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Anwar membayar kos berjumlah RM30,000 kepada Khairy dan menetapkan esok untuk pengurusan kes.



“Perara ini dikembalikan ke peringkat Mahkamah Rayuan untuk pendengaran merit (rayuan).

“Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Khairy berhubung keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan merit,” katanya lagi.

Leela berhujah bagi pihak Anwar manakala peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili Khairy.



Pada 29 Sept 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Khairy telah memfitnah Anwar dengan kenyataan “main belakang” pada 2008.

Hakim Azizul Azmi Adnan berkata dakwaan yang dibuat oleh Khairy adalah serius dan memfitnah dan dia diarahkan untuk membayar RM230,000 untuk ganti rugi dan kos.


Sebaran :


Leave a Reply