Fatwa vaksin COVID-19: Kerajaan masih tunggu perkenan Agong

 

PUTRAJAYA: Kerajaan masih menunggu perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja berhubung fatwa penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai fatwa vaksin COVID-19 itu sudah dipersembahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selepas mesyuarat muzakarah berkenaan minggu lalu.



“Selepas mendapat perkenan dan persetujuan, kita akan uar-uarkan sebab fatwa ini bukan untuk disembunyikan. Kita ikut tertib-tertibnya,” katanya selepas menyampaikan 80 pek bantuan sumbangan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepada penghantar makanan, pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan, di sini hari ini.

https://mykmu.net/2017/02/10/isu-fatwa-hairan-kah-dengan-campur-tangan-dap/

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang pada 3 Disember lalu bagi membincangkan isu berkenaan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Ditanya jangkaan keputusan perkenan, Zulkifli berkata beliau tidak dapat jangkakan mengenai perkara itu, namun beliau akan menunggu.



Terdahulu, Zulkifli turut melancarkan Bilik Gerakan Bencana Banjir Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang berperanan untuk membantu mangsa banjir.

Dalam sesi taklimat bersama YADIM, Zulkifli turut meminta YADIM untuk membuat surat kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada asnaf yang terjejas banjir.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker