[VIDEO] Nenek Simpan Duit Dalam Tin, Kira-Kira RM300K Rosak Habis ‘Dikerjakan’ Dek Serangga!

Menjadi kebiasaan apabila menyimpan wang untuk masa hari akan datang. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Begitu juga dengan kehidupan ini, kita tidak tahu bila masanya akan diuji. Jadi disebabkan itu dari kecil kita diajar untuk simpan duit.

Namun cara menyimpan duit haruslah dengan kaedah yang betul dan selamat. Tambahan pula kini ada pelbagai kemudahan bank untuk membuat simpanan. Pilih sahaja bank mana yang memudahkan urusan anda.

Biarpun begitu, lain pula halnya yang terjadi pada seorang nenek ini. Wanita warga emas tersebut menyimpan wang tunai dengan not RM100 di dalam tin Milo. Mungkin lebih selesa menggunakan kaedah lama seperti itu.

Nak dijadikan cerita, malang nasib nenek simpan duit dalam tin Milo ini apabila mendapati wang sejumlah kira-kira RM300 ribu rosak ‘dikerjakan’ serangga. Satu video yang memaparkan kepingan duit RM100 rosak dimakan anai-anai menjadi tular selepas dikongsikan oleh akaun Facebook Penang News.

Menurut World Of Buzz lelaki dalam rakaman itu berkata “Semua wang yang saya ambil di sini mempunyai masalah. Terdapat RM10,000 dalam satu timbunan, dan ada total 23 timbunan, jadi itu adalah RM230,000.”

Wow, bukan sikit jumlah nenek simpan duit dalam tin ini! Apa-apa pun harapnya kejadian ini dapat memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak menyimpan wang tunai dengan cara sebegini.

Kredit: HCL

Tukang masak tak mengaku rogol nenek 20 cucu

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker