Zahid dedahkan pelbagai cara diguna untuk kembalikan Najib ke pangkuan keluarga

Umno menggunakan pelbagai jalan untuk mengembalikan Najib Razak ke pangkuan keluarga, kata presidennya, Zahid Hamidi, kepada kelab penyokong bekas perdana menteri itu.

Dalam ucapannya sempena mesyuarat agung dwi tahunan Kelab Sahabat Najib, Zahid berkata ada jalan lain yang “terbuka” di sebalik rintangan dan kekangan yang dihadapi dalam usaha membebaskan Najib.

Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan jalan yang disebutkan itu di hadapan pemberita, di majlis yang turut dihadiri oleh isteri Najib, Rosmah Mansor, dan anak mereka, Norashman dan Nooryana Najwa.



“Apa yang saya lakukan semua orang tahu. Yang saya lakukan tak ramai tahu tapi Rosmah tahu apa yang saya lakukan. Saya tak boleh cerita di sini kerana terlalu ramai pemberita di sini,” katanya.

“Kita jangan putus asa, jangan berhenti berusaha. Kita berusaha dan bertawakal kepada Allah. Dalam keadaan begitu, proses perundangan bukan satu-satunya jalan yang kita harus ambil untuk membawa kembali Najib bersama dengan keluarga. Bukan melalui kaedah undang-undang sahaja.

“Undang-undang ada rintangan ada kekangan tetapi ada jalan-jalan lain yang insya-Allah terbuka… saya sangat-sangat yakin bahawa jalan itu adalah jalan yang terbaik, yang pada hemat saya, kita boleh lakukan melalui beberapa kaedah tertentu yang direstui oleh keluarga Najib.

“Oleh kerana pemberita ada saya tak boleh sebutkan, tetapi yakinlah taat setia saya, setiakawan saya pada Najib tak berubah,” katanya, di acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia.



Acara turut menyaksikan kelab penyokong meluluskan dan menyerahkan suatu resolusi kepada Zahid, untuk merayu kepada pihak berwajib agar meletakkan Najib bawah penahanan di rumah, dan memohon pengampunan penuh buat bekas perdana menteri itu.

Pada 2 Feb lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju untuk memendekkan hukuman penjara 12 tahun Najib Razak kepada enam tahun; manakala denda RM210 juta juga dikurangkan kepada separuh.

Pada 28 Julai 2020, Najib disabit kerana salah guna kuasa, pengubahan wang dan pecah amanah jenayah dalam kes SRC International, melibatkan dana berjumlah RM42 juta. Beliau menjalani hukuman penjara 12 tahun pada 23 Ogos 2022 di Penjara Kajang sejurus Mahkamah Persekutuan menolak rayuan terakhir.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi untuk memaksa kerajaan mendedahkan ‘perintah tambahan’ yang didakwa daripada Agong terdahulu, semasa mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Jan.



Najib mendakwa kerajaan melakukan penghinaan kerana tidak melaksanakan ‘perintah tambahan’ tersebut, yang menurutnya tidak diumumkan oleh lembaga berkenaan pada 2 Feb.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka



Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker