TMJ Seru Henti Sebar Gambar Kemalangan Syafiq Ahmad



Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru agar warganet berhenti menyebarkan gambar kemalangan melibatkan penyerang mereka, Syafiq Ahmad hari ini.

“Saya ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad atas pemergian ahli keluarga beliau. Kami sentiasa bersama anda, Syafiq. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

“Saya juga menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan gambar-gambar atau video berkaitan bagi menjaga sensitiviti dan perasaan Syafiq sekeluarga,” kata Tunku Mahkota Johor dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Syafiq, 25 telah mengalami kemalangan ngeri yang telah mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari dan dua wanita, Zainab Wahab, 45 tahun, difahamkan ibu mertuanya, dan Titik Sukamti, 30-an di Lebuhraya Sungai Bakap awal pagi tadi.

Syafiq dan seorang lagi anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2 tahun, cedera ringan namun isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah.




Difahamkan, isteri beliau berada di zon merah Hospital Seberang Jaya setelah dipindahkan dari Hospital Sungai Bakap. – K! ONLINE

Syafiq Kehilangan Anak, JDT dan FAM Ucap Takziah



Leave a Reply

Your email address will not be published.