Seleweng duit raya: SPRM Kedah tahan timbalan pengarah jabatan

Seorang timbalan pengarah operasi sebuah jabatan kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan “duit raya” bersempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM di sini.

“Suspek dipercayai telah salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya ketika dihubungi.



Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Bukan lepas seramai 40 pegawai Jabatan Imigresen dan tiga orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai terlibat kes pemalsuan cop sempadan di Johor dan Selangor.

Sumber berkata, 10 pegawai imigresen ditahan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar di sini hari ini manakala 30 lagi diberkas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Selain itu, tiga orang awam yang disyaki bertindak sebagai orang tengah pula ditahan di sekitar bandar raya ini.



SPRM tahan timbalan pengarah imigresen terbabit sindiket

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker