[VIDEO] Hasil Lukisan Stensil Gadis Ini Di Media Sosial Buat Netizen Tergamam Hasilnya

Segalanya bermula dengan permintaan daripada pengikutnya untuk beliau menghasilkan stencil art menggunakan potret penyanyi Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tok Ti di TikTok.

Video pendek yang dihasilkan untuk menunjukkan proses pembuatan hasil seni itu kemudiannya tular di Twitter dan telah membuatkan rata-rata netizen kagum dan tergamam melihat hasilnya.

Buktinya, perkongsian berkenaan meraih lebih 8,000 retweet di Twitter di samping 200,000 tontonan di TikTok. Anda boleh menonton video berkenaan dengan artis lain dibawah.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=fE9B0k-nTxc[/embedyt]

 

Bercerita kepada The Vocket, pemilik video berkenaan dan juga artis di sebalik hasil seni itu, Mir Amelyn Saffiya menjelaskan lukisan yang dilakukannya itu dikenali sebagai stencil art.

Kini berusia 19 tahun, beliau menjelaskan mula aktif menghasilkan sejak empat tahun yang lalu selepas pertama kali mencubanya ketika berada di sekolah.

“Ianya bermula ketika kelas seni di sekolah menengah. Ketika itu ada guru praktikal yang mengajar kami untuk membuat lukisan asas stensil satu lapisan.

“Ketika itu kami diminta untuk membuat apa-apa sahaja lukisan seperti bunga, tulisan atau apa-apa sahaja. Tetapi saya memutuskan untuk membuat potret satu lapisan,” kongsinya.

Bermula daripada saat itu, beliau jelasnya mula mempelajari lebih banyak teknik secara bersendirian sehinggalah mahir menggunakan sehingga sembilan lapisan ketika ini.

Walaupun telah lama menghasilkan seni berkenaa, namun jelasnya dia hanya mula serius berkongsikan aktviti berkenaan bersama pengikut bermula Mac lalu selepas Perintah Kawalan Pergerakan mula dilaksanakan.

“Saya mula berkongsikannya di akaun kedua Instagram saya, tetapi ketika itu ianya tidak mendapat perhatian seperti ini.

“Kemudiannya saya mula berkongsikan kembali pada awal PKP tahun ini di akaun utama saya.

“Dan dari sana saya mula mendapatkan banyak maklum balas yang agak baik jadi saya meneruskannya,” kongsinya.

Bercerita lanjut mengenai lukisan Tok Ti yang dihasilkannya dan tular di media sosial, Mir Amelyn menjelaskan ini adalah kali pertama lukisannya mendapat perhatian meluas terutamanya daripada netizen.

Beliau sebelum ini juga pernah menghasilkan potret beberapa personaliti terkenal dan juga puteri kepada Permaisuri Agong iaitu Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Bukan sahaja berkongsi hasil kerja yang dibuatnya di media-media sosial, namun beliau juga jelasnya turut menjual potret-potret yang dihasilkannya dengan harga serendah RM100 sehingga RM350.- The Vocket

Sumber: TikTok Mir heyyitsmir

Tulis nama ‘Al-Sultan Abdullah’ sampai terbentuk potret Agong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker