Tulis nama ‘Al-Sultan Abdullah’ sampai terbentuk potret Agong

Sebuah lukisan mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dihasilkan dengan menggunakan seni kaligrafi.

Karya seni tersebut dihasilkan oleh seorang pelukis kaligrafi dikenali sebagai Mohd Shah Tumin sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menurut lelaki berusia 36 tahun itu, mural berkenaan mengambil masa selama beberapa hari untuk disiapkan dengan menulis nama ‘Al-Sultan Abdullah’ sehingga membentuk wajah baginda pada dinding rumahnya.

Berkongsi di sebalik tabir penghasilan mural tersebut di saluran Youtube miliknya, dia yang mula melakar potret sejak tiga tahun lalu itu mengakui cabaran dihadapi demi sebuah karya yang luar biasa.



“Cabaran utama saya selain tulisan tu halus, dinding juga menggerutu. Memang sukar untuk menulis tapi anggap ini cabaran, jadi kita teruskan.
“Buat mural kena sabar ye, dengan ‘outdoor’ dan kena fokus lagi. Jadi hargailah pelukis mural anda,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Tinjauan pada ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji kehebatan karya seni yang dihasilkan selain dapat memartabatkan tulisan jawi sebagai sebuah seni yang indah.

Tonton video penuh :



Sumber : Shah Tumin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker