Sultan Johor Kurnia Cincin Khas Buat Kakitangan Istana.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan cincin khas buat kakitangan istana Johor sebagai kenang-kenangan.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik dalam laman Facebook rasmi baginda hari ini, idea itu terbit daripada hobi baharu baginda iaitu membuat batu cincin daripada sejenis spesies siput.

Sultan Ibrahim menunjukkan cincin khas yang diperbuat daripada sejenis spesies siput untuk dikurniakan kepada kakitangan istana Johor.

Sultan Ibrahim menunjukkan cincin khas yang diperbuat daripada sejenis spesies siput untuk dikurniakan kepada kakitangan istana Johor.

Titah baginda, Almarhumah bonda tuanku pernah mengurniakan satu cincin sebegitu ketika baginda muda dan kini ia diturunkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

“Beberapa ketika dahulu, saya terjumpa siput yang sama dihidangkan dalam santapan saya, jadi saya telah mendapat batunya dan mengilatnya sendiri.

“Lalu saya fikir ini boleh menjadi satu cenderahati yang sangat bermakna untuk kakitangan saya,” titah baginda dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menambah, setiap batu yang diambil untuk dihadiahkan kepada kakitangan istana itu telah digilap sendiri oleh baginda sebelum dibentuk oleh tukang emas peribadinya.

Difahamkan, Sultan Ibrahim juga bercadang untuk menggunakan batu-batu berkenaan sebagai perhiasan kancing Baju Melayu, ‘cufflink’ dan pin tali leher kegunaan peribadi baginda.-K! ONLINE

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Johor kurnia X70, MyVi kepada doktor, kakitangan HSA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker