Lelaki tunjuk ‘bebird’ dalam pasar raya berjaya ditahan polis

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 54 tahun didenda RM100 selepas mengaku bersalah mendedahkan ‘bebird’ @ kemaluannya ketika berada di sebuah pasar raya di Cheras.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki itu ditangkap pada tengah hari Isnin lalu kerana berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Katanya, sepasukan anggota polis menangkap lelaki itu di pusat membeli-belah di Jalan Cheras selepas menerima laporan daripada orang awam.



“Kertas siasatan yang lengkap dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya dan mendapat arahan untuk tuduh suspek di mahkamah.

“Suspek dituduh di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 di Mahkamah Jalan Duta semalam dan mengaku bersalah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, suspek boleh dihukum penjara 10 hari jika gagal membayar denda, iaitu hukuman maksimum di bawah akta itu.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker