Petua Elak Kulat Air, Kaki Kecut Terendam Banjir ‘Rupanya Lumur Minyak, Pakai Stoking’

Petua Elak Kulat Air, Kaki Kecut Terendam Banjir ‘Rupanya Lumur Minyak, Pakai Stoking’

RUPANYA dengan melumur minyak dan pakai stoking sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut.

Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.

Boleh ikut tip pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu.

“Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air. Allah. Gini..KD share sikit.

Tip Sebelum Mulakan Kerja Membersih

Sebelum mulakan kerja membersih, sama ada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun okey. Lepas tu pakai stoking, baru pakai boot.

Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.

Stoking pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.

Stoking dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.

Pengalaman ‘Training’ Dalam Hutan

Mana KD tau petua ni?

Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas.

Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.

Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stoking.

Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot. Pakai minyak masak kelapa sawit saja.

Cara Buat Minyak Bawang Putih

Cara nak buat minyak bawang putih: Grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak.

Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layankan saja.

Semasa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahulah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering.

Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stoking baru dan sarung semula boot. Jalan.

Jaga tau kulit kaki anda. Kulit kaki siap boleh lekang gitu saja kalau kulit dah kecut sangat.

Kulat air ‘toksah’ ceritalah. Keluar hutan siaplah merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.

Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.”

Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!-MW

Sumber: Hayana Darliz

Petua Elak Kulat Air, Kaki Kecut Terendam Banjir ‘Rupanya Lumur Minyak, Pakai Stoking’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya

Diva AA Perli Isu Majlis Perkahwinan Kamal dan Uqasha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker