Korea Utara kini bangkit utamakan ekonomi dan kebajikan rakyat

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sudah ‘insaf’ apabila lebih mengutamakan kebajikan rakyatnya berbanding berlumba-lumba mengukuhkan senjata nuklear Korea Utara.

Sempena tahun ke-10 pemerintahannya, beliau lebih banyak menyampaikan ucapan mengenai pembinaan lebih banyak kilang traktor dan seragam sekolah.

“Misi utama Korea Utara bagi 2022 adalah melonjakkan kembali sektor ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat yang berdepan kesusahan hidup serta kematian,” katanya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Buruh Korea Utara.



Kim membuat pengumuman dasar utama termasuk melancarkan penglibatan diplomatik yang penting dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).

Namun, ringkasan ucapan yang disiarkan dalam media negara itu tidak menyebut secara khusus mengenai AS, tetapi hanya merujuk kepada perbincangan yang tidak dinyatakan mengenai hubungan antara Korea Utara dan ‘hal ehwal luar.

Ucapan itu tertumpu mengenai krisis ekonomi yang dihadapi Jong Un akibat penutupan sempadan anti-pandemik yang dikenakan sendiri sehingga menyebabkan Korea Utara lebih terpencil berbanding sebelum ini

Secara keseluruhannya, ucapan Jong Un banyak menyentuh mengenai isu domestik serta perancangan mengenai pembangunan luar bandar termasuk pengambilan diet dalam kalangan rakyat, seragam sekolah dan keperluan membanteras ‘amalan bukan sosialis’.-REUTERS



 

Korea Utara kini bangkit utamakan ekonomi dan kebajikan rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker