Ganja Kini Diiktiraf Sebagai Ubat, Menurut United Nations

Setelah digunakan secara terapi selama ribuan tahun, United Nations akhirnya mengakui nilai perubatan pada ganja dan mengeluarkannya dari senarai ubat berbahaya yang diletakkan di bawah kawalan ketat.

Ganja dikategorikan sebagai dadah sama seperti heroine dan pelbagai lagi. Walaupun dikatakan tidak merbahaya dan mampu merawat masalah kesihatan fizikal mahupun mental, ia masih diharamkan di negara kita.

Digunakan Untuk Tujuan Perubatan

Setelah mendapat saranan dari pakar-pakar di World Health Organisation di UN Commission for Narcotic Drugs harus mengeluarkan ganja dari senarai ubat berbahaya antarabangsa untuk digunakan dalam tujuan perubatan.



Walaupun sekarang diakui sebagai ubat, ganja tetap dilarang untuk penggunaan bukan perubatan.

Prejudis Terhadap Ganja

“Keputusan awal (pada tahun 1961) untuk melarang ganja tidak mempunyai asas saintifik dan dibuat berdasarkan prejudis dan perkauman.

“Ini mengabaikan hak dan tradisi masyarakat yang telah tumbuh dan menggunakan ganja untuk tujuan perubatan, terapi, keagamaan dan budaya selama berabad-abad.



“Bahkan kerana prejudis menyebabkan berjuta-juta orang menjadi penjenayah dan dipenjara di seluruh dunia,” jelas Anna Fordham, pengarah eksekutif untuk International Drug Policy Consortium.

Lebih 50 Negara ‘Halalkan’ Ganja

Dilaporkan lebih daripada 50 negara di seluruh dunia telah mengadakan program ganja perubatan. Selain itu, Kanada, Uruguay dan 15 negara di Amerika Syarikat telah menghalalkan penggunaan ganja. Mexico dan Luxembourg juga hampir menghalalkan ubat ganja.

Ini adalah berita menggembirakan bagi jutaan orang yang menggunakan ganja untuk tujuan terapi, dan mencerminkan realiti pasaran yang semakin meningkat untuk produk ubat berasaskan ganja. Wn



Kebaikan ‘Dadah’ Ganja Yang Ramai Salah Faham

Kecoh apabila negara jiran, Thailand akhirnya meluluskan penggunaan ganja dalam kajian perubatan dan kesihatan. Ini menjadikan negara itu antara yang pertama dirantau Asia mempunyai dadah paling ketat di dunia.

Ganja telah dijadikan sebagai pelega kesakitan dan kelihatan sejak tahun 1930-an sebelum diberhentikan. Jika di negara Colombia dan Kanada ia sudah dijadikan sebagai perubatan di hospital.



Namun di Malaysia, Singapura dan Indonesia si penyeludup ganja boleh dihukum mati. Tapi kenapa?

Ganja dikategorikan sebagai dadah sama seperti heroine dan pelbagai lagi. Walaupun dikatakan tidak merbahaya dan mampu merawat masalah kesihatan fizikal mahupun mental ia tetap diharamkan. Ini berkaitan dengan penggunaan dadah yang melampau masyarakat kita.

Pihak penguasa tidak mahu mengambil risiko lebih besar jika ganja diluluskan. Lihat sahaja penyalahgunaan dadah, ketum, shisa yang berleluasa. Jadi kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam hal ini.

Negara kita masih lagi mentah untuk menangi perkara seperti, ia memerlukan penyelidikan dan kajian sosial lebih lama.

Jika anda pertama kali tahu mengenai ini, mari Wanista kongsikan manfaat ganja kepada pesakit dan penggunanya.



#1 Pelega kesakitan

Ganja atau dikenali sebagai marijuana juga antara ubat tahan sakit yang memberi kelegaan kepada sakit kronik. Dari kajian yang dilakukan kandungan cannabis atau cannabinoids sangat membantu dalam rawatan serius terutamnya.

#2 Rokok ganja baik untuk paru-paru

Penggunaan nikotin jika diganti dengan ganja dikatakan 100% lebih daripada rokok biasa. Penghisap rokok ganja didapati mempunyai paru-paru yang lebih sihat. Malah kajian dari Universiti California, menghisap ganja membantu mencegah kanser paru-paru.



#3 Menghalang pertumbuhan kanser

Ganja juga didapati boleh menghalang dan melambatkan penyebaran kanser. Kajian yang dilakukan pada tumor otak, ia mampu mengecutkan tumor dengan dos yang tepat.

#4 Penenang stress

Menghisap ganja mampu meredakan stress dan kebimbangan yang dihadapi. Walaupun begitu ia bergantung kepada tahap dos yang diambil dan reaksi pesakit boleh berbeza-beza.

#5 Mengurangkan masalah obesiti

Hubungan gula dan ganja telah menukar kadar gula menjadi lebih rendah dan tindak balas menyihatkan. Kajian di Amerika mendapati mereka yang menghisap ganja jauh dari obesiti, memiliki tubuh yang sihat dan metabolism yang baik.

Terpaksa kerja di ladang ganja

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker