Jumpa di Sri Satria nanti” – Faizal Azumu bakal jadi TPM?

“Jumpa di Sri Satria nanti,” itu ayat terakhir diungkap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media terakhir beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau dilihat berketawa kecil selepas mengungkapkan perkataan itu.

’Sri Satria’ merujuk kepada kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sebelum ini, wujud khabar angin yang menyatakan Ahmad Faizal akan diberi jawatan dalam Kabinet sebagai timbal balas terhadap apa yang berlaku di negeri ini.

Ahmad Faizal Azumu sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai menteri besar Perak kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini.

Kata Ahmad Faizal ia diserahkan semasa dia mengadap Sultan Nazrin jam 3 petang tadi.

“[…] dan di kesempatan berkenaan saya telah menyerahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai menteri besar Perak dan seluruh ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

“Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Paduka Seri Sultan,” katanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker