Kerja Amal Ajak Untuk Kebaikan- Ustaz Ebit Lew Akui Memang Sengaja Menunjuk-nunjuk Kerana Niatnya Bersebab

Terkini di My KMU !!!!---->

Korang perasan tak sejak penularan COVID-19 di Malaysia ni, nama pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew sentiasa menarik perhatian dan tidak berhenti-henti menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan serta mereka yang memerlukan.

Ingin menarik orang buat kebaikan

Sering berkongsi kisah disebalik tabir kerja kebajikan kepada umum, Ustaz Ebit turut akui tindakan yang dilakukannya itu mahu mengajak lebih ramai orang berbuat kebaikan.

Malah siapa ada program realiti lagi khas untuk beliau iaitu Jejak Ebit Lew. Program realiti ini diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan dan disiarkan di Astro.

Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu. Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya ‘stuck’ (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.

Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000… Itu pun tidak menyeluruh.

Lepas kongsi kerja kebaikan, ramai turun padang

Tambah beliau lagi, selepas beliau berkongsikan kerja kebajikannya itu kepada umum, tidak dinafikan ramai sahabatnya turut turun padang menghulurkan bantuan.

Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.

Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.

Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini.

Ramai tuduh menunjuk-nunjuk

Sudah mula melakukan kerja amal sejak usia 12 tahun, Ustaz Ebit tidak menyalahkan mereka yang menuduh dirinya menunjuk-nunjuk kerana niatnya adalah untuk menarik ramai orang untuk melakukan kebajikan.

Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.

Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.

Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama.-BH

Jadikan setiap saat sebagai pahala

Leave a Reply