Isu kuota: Saya terang ‘seperti bapa’, Anwar tepis dakwaan ‘buli’ pelajar

Isu kuota: Saya terang ‘seperti bapa’, Anwar tepis dakwaan ‘buli’ pelajar

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menepis dakwaan wujud unsur “buli” terhadap seorang pelajar semasa sesi dialog di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang di Kepala Batas, baru-baru ini.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawabnya untuk memberi penjelasan kepada persoalan pelajar terbabit.
“Saya tiada masalah orang kata budak ini tak patut tanya begitu, Anwar jawab kasar, tanggungjawab saya kan ‘bapa’ mesti terang kepada dia.

“Dia ada hadapi masalah dan nak minta penyelesaian jadi tanggungjawab saya beritahu untuk penyelesaian tapi jangan rombak prinsip Perlembagaan, persefahaman,” katanya pada ceramah perpaduan di Taman Medan, malam tadi.

Terdahulu, pelajar terbabit meluahkan rasa tidak puas hati kerana sistem kuota.

Menjawab persoalan tersebut, Anwar dalam nada tegas berkata, penggantian sistem kuota dengan sistem meritokrasi sepenuhnya menjurus ketidakadilan kepada majoriti rakyat di negara ini, khususnya Bumiputera.

Tambahnya, sistem kuota tidak menafikan peluang untuk bangsa lain kerana rayuan masih boleh dilakukan jika mereka benar-benar layak dan akan dirujuk kepada Kementerian Pendidikan.

Bagaimanapun selepas daripada itu, Anwar dikritik kerana kerana kelakuannya terhadap pelajar tersebut disifatkan agak “kasar”.

Reaksi perdana menteri itu dikatakan sebagai buli dan menenggelamkan soalan pelajar itu yang bukan bersifat politik. FMT

Isu kuota: Saya terang ‘seperti bapa’, Anwar tepis dakwaan ‘buli’ pelajar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker