SILTERRA 2.0 – BAKAL DIALI BABAKAN KHAZANAH?

Dengan melepasi halangan pertama setelah bajet 2021 Perikatan Nasional mendapat undian majoriti di Parlimen, kedudukan Muhyiddin dan kerajaannya nampak
selesa walaupun kita tahu ia hanya untuk sementara. Begitu juga dengan kedudukan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional yang berhasrat untuk
meneruskan penjualan SilTerra.

Pada masa yang sama, kelulusan bajet PN baru berada di peringkat selesa yang masih awal dan masih banyak lagi halangan perlu dihadapi sebelum diluluskan
sepenuhnya. Sekiranya gagal, yang pasti kedudukan Muhyiddin dan PN akan berakhir. Oleh itu, mana-mana Ahli Lembaga yang ada kepentingan tersembunyi pasti
memahami yang keputusan penjualan SilTerra yang salah akan memberi kesan parah kepada karier koperat mereka. Dan seandainya didapati apa-apa kesalahan, yang
pasti ia akan berada dalam rada siasatan pihak berkuasa.

Cadangan penjualan SilTerra oleh Khazanah telah didedahkan oleh beberapa portal berita seperti MyKMU, blog Captain M dan MY TV Online. DS Najib juga telah
menyentuh isu ini. Isunya bukan kerana hanya cadangan Khazanah ingin menjual saham mereka dalam SilTerra tetapi syarikat-syarikat yang membuat bidaan. 2
dari luar negara dan 2 lagi dari syarikat tempatan.



Berkemungkinan 2 syarikat luar negara iaitu Foxcomm dan X-Tab bakal gagal memandangkan mereka dengan terang telah mengenepikan kepentingan negara. Kini
2 lagi syarikat tempatan iaitu DNex dan Green Packet mempunyai peluang untuk meneruskan bidaan mereka. Persoalannya sekarang, di antara 2 syarikat ini,
yang mana satu mampu memenuhi hasrat Muhyiddin yang dikatakan mengutamakan agenda Bumiputra?

Apakah Khazanah yang terajui Muhyiddin akan mengkhianati agendanya sendiri?

DNex adalah syarikat tempatan Bumiputra yang telah dijemput sendiri oleh Khazanah untuk memberi cadangan pengambilalihan dan pemulihan SilTerra sejak 3
tahun lalu. Ini adalah kerana rekod kejayaan mereka memulihkan Time Engineering Berhad. Di dalam keadaan kedudukan kewangan SilTerra yang semakin nazak,
hanya DNex yang menunjukkan minat dengan plan pemulihan yang sangat komprehensif. Malahan di pihak pengursan tertinggi SilTerra telah memberi kerjasama.



DNex juga telah berjaya membawa rakankongsi dari China dan kontrak usahama yang mampu meningkatkan pengeluaran SilTerra dari 50% ke 85% serta menyuntik
sebanyak RM500 juta. Terma dan syarat asas pelaburan telah mendapat kelulusan Khazanah dan sepatutnya satu perjanjian jual beli ditandatangani di dalam
tempoh 2-4 minggu.

Di dalam tempoh itu juga, secara tiba-tiba 2 syarikat lain iaitu Foxconn dan Green Packet muncul menunjukkan minat mereka sehingga Khazanah sanggup
menanggguh tarikh tamat penyerahan kertas cadangan dan media juga melaporkan Khazanah telah memohon ke MIDA untuk mengubah syarat-syarat penyertaan pelabur
asing.

Syarikat bumiputra DNex mengambil masa 3 tahun untuk menyediakan kertas cadangan kepada Khazanah tetapi syarikat tempatan lain dari Green Packet dan 2
syarikat asing hanya mengambil beberapa bulan dalam menyediakan cadangan mereka. Apakah ada pembocoran maklumat DNex sehingga dengan pantas dikemukakan
cadangan?

Apakah Green Packet juga mengutamakan agenda bumiputra?



Dikatakan Green Packet (bukan syarikat bumiputera) akan menyuntik dana sebanyak RM100 juta melalui BumiTech Fund, kononnya untuk “menyokong pertumbuhan
bumiputra” sehingga mampu membawa SilTerra ke IPO (Bursa Saham). BumiTech Fund sebenarnya bukanlah dana bumiputera tetapi sekadar kaedah perancangan untuk
mengambilalih mana-mana syarikat bumiputera atau sangat terkenal sebagai usahasama Ali Baba.

Apa yang bakal berlaku, SilTerra hanya mampu dilihat sebagai syarikat milik bumiputera tetapi dikuasai pihak lain. Kerajaan PH dahulu dengan penguasaan DAP
telah mampu menghapuskan milikan bumiputera dalam mana-mana syarikat milik negara apabila kerajaan bertukar.

Oleh itu, dengan senario desakan rakyat dan respon netizen untuk pengeluaran EPF bagi menanggung kesusahan mereka ketika wabak Covid melanda negara,



Khazanah seharusnya mengetahui signal kedudukan politik Muhyiddin dan Perikatan Nasional.

SilTerra – Habuan Komisen Jual Aset Negara Masuk ke Poket Siapa?

SilTerra – Khazanah Bakal Jual Kepentingan Dipengaruhi Campurtangan Tertentu?



SilTerra – Azmin, Guan Eng Dan Mahathir ‘Terciduk’ Dengan Cadangan Kereta Nasional 3.0

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker