APEC 2020 secara maya, kenapa kos RM25 juta?

Terkini di My KMU !!!!---->

Persidangan Dewam Rakyat hari ini mencuri tumpuan apabila penganjuran Persidangan
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) secara maya dan digital oleh Malaysia telah menelan kos berjumlah RM25 juta.

Malaysia menjadi tuan rumah APEC sejak 11 hingga 20 November lalu.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan meminta kerajaan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi penjelasan mengapa peruntukan besar untuk satu persidangan yang hanya berlangsung secara maya.

“Soalan saya Timbalan Yang Dipertua, adakah persidangan maya memerlukan peruntukan berjumlah RM25 juta ringgit, saya kira RM5 juta pun sudah banyak.

“RM20 juta itu boleh dibelanjakan untuk perkara lain mempromosi eksport dan perkara-perkara yang sepatutnya,” soal Ahli Parlimen Pontian-BN itu dalam perbahasan Dewan Rakyat.

Beliau dalam perkembangan sama menambah, pihaknya menerima maklumat bahawa Kerajaan Pakatan Harapan memperuntukkan RM60 juta untuk mengubahsuai Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi penganjuran APEC.

“Adakah perkara itu benar, adakah ia digunakan sepenuhnya dan apakah gunanya dilakukan pengubahsuaian kerana segalanya dilakukan secara maya dan digital,” katanya lagi.

Dalam pada itu Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming turut bangkit mempersoalkan perkara sama.

Katanya, peruntukan asal untuk persidangan APEC dalam Belanjawan 2020 adalah sebanyak RM300 juta.

“Saya rasa apabila persidangan APEC dijalankan secara maya dan digital, ada banyak penjimatan kos termasuk kos pengangkutan, kos keselamatan dan kos-kos lain.

“Nak tanya menteri (Azmin) berapa banyak penjimatan perbelanjaan dalam APEC 2020 dapat dibuat sebab saya anggarkan RM300 juta memang tidak dibelanjakan. Jadi berapa penjimatan telah dibuat menerusi persidangan secara maya.

“Lebih penting, kalau ada penjimatan dalam peruntukan (APEC) menerusi Bajet 2020, kenapa dalam Belanjawan 2021 pula masih ada peruntukan sebanyak RM25 juta untuk persidangan APEC?

“Kita bukan ke luar negara atau ke mana-mana,” katanya.

Kian Ming juga menasihatkan supaya kerajaan berbelanja secara berhemah dan peruntukan yang selebihnya patut disalurkan ke tujuan lain yang lebih murni.

Menurutnya, wang yang dijimatkan menerusi APEC lalu boleh dibelanjakan kepada barisan hadapan dan Kementerian Kesihatan yang sedang berdepan pandemik Covid-19.

“Sebensebenarnya epruntukan ke luar negara dibangkitkan pontian tadi.

“Kalau pergi ke mana-mana negara APEC pun, bukan sahaja New Zealand tetapi juga negara lain, takkan makan perbelanjaan RM25 juta.

“Saya setuju dengan Pontain (Ahmad),” tegasnya.

Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (Tuaran-BN) turut menyokong pertanyaan Ahmad sambil mempersoalkan kewajaran sehingga perlu memperuntukan RM25 juta untuk persidangan secara maya.

“Tahun depan APEC akan dianjurkan di New Zealand dan saya difahamkan mereka juga akan mengadakan persidangan ini secara maya juga.

“Jadi kenapa perlu sehingga RM25 juta untuk persidangan secara maya itu,” soalnya. MG

Adakah perbincangan maya dikirakan naik kapal terbang, tanya Mahfuz kepada Kementerian Luar Bandar

Leave a Reply