[VIDEO] Lagu Cik B, Atasi Tontonan Video Siti Nurhaliza

PETALING JAYA – Video muzik rasmi anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berjudul Tolonglah yang dilancarkan semalam mengatasi jumlah tontonan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu.

Lagu Cik B berjudul Tolonglah yang dilancarkan semalam mengatasi jumlah tontonan penyanyi nombor satu tanah air, Siti Nurhaliza, Kuasa Cintamu.

 



Mengikut tinjauan Kosmo! Online setakat pukul 12.40 tengah hari tadi, Tolonglah yang merupakan single pertama Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 15, menghampiri trending Top 5 YouTube.

Video tersebut meraih lebih 208,000 tontonan berbanding Kuasa Cintamu yang ditonton 192,000 kali selepas kedua-dua lagu tersebut dilancarkan serentak kira-kira 15 jam lalu.

Selain mendapat reaksi positif peminat, muzik video tersebut juga mendapat pujian daripada pelakon, Mira Filzah.

“Cik B! Kak Mira dah tengok awak punya MV! Best, suara boleh join K-Clique ni,” ciap Mira melalui Twitter miliknya.

Tolonglah menyaksikan Cik B mengikut jejak langkah ibunya, Vida yang sebelum ini pernah melancarkan single berjudul I AM Me pada 2017.



Lagu tersebut merupakan hasil ciptaan komposer muda Yonnyboii dan lirik ditulis oleh Vida dan Cik B sendiri. – K! ONLINE

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=3I7eLIpgkfg[/embedyt]

‘Fesyen Orang Lain Lagi Pelik’- Dato Vida Berang Netizen Kutuk Gaya Cik B [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker