Desak PAS (kerajaan) boikot Ekspo Dubai yang disertai Israel, PAN tolong jadi cerdik sikit

Hadi digesa desak boikot Ekspo Dubai yang disertai Israel

Duta Khas Malaysia ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa mendesak kerajaan Malaysia untuk memulau dan memboikot Ekspo 2020 Dubai yang akan diadakan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) ekoran negara Islam itu yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, Israel akan menyertai Expo tersebut atas jemputan UAE yang kini menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara tersebut.

Tegasnya, Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Hadi Awang patut mendesak kerajaan untuk memulau Expo berkenaan demi maruah Islam dan Malaysia yang tidak sanggup bersekongkol dalam satu himpunan yang mengiktiraf Israel.

“Hari ini kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengaku dirinya sebagai kerajaan Melayu Islam mesti membuktikan komitmen mereka membela perjuangan umat Islam yang tertindas.

“Tidak cukup dengan hanya kenyataan rasmi kerajaan Malaysia sahaja tetapi ianya mesti di ikuti dengan tindakan untuk membuktikan kesungguhan menolak Israel sebagai sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas dengan kejam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH berkata, pertimbangan kemanusiaan dan persaudaraan Islam perlu mengatasi kepentingan perniagaan serta ekonomi. MD

Nota Editor : Untuk pengetahuan PAN, Malaysia banyak menyertai ekspo di luar negara yang turut disertai Israel. Kalau kita boikot, ini bermakna kita tidak boleh menyertai mana-mana ekspo dunia yang dianjurkan di luar negara. Tunjuklah cerdik sikit.

Ingat jadi kerajaan PN cerdik, asal ex PH mesti kelakar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker