Ingat jadi kerajaan PN cerdik, asal ex PH mesti kelakar

Cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat berberlanja kini menjadi bahan lawak netizen.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, sepatutnya selepas menjadi pemimpin dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Ketua Armada Nasional itu boleh memberi idea yang lebih bernas.

Apatah lagi kata Timbalan Ketua Bahagian Kuala Terengganu itu, Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini pernah memberi idea agar pihak bank menghapuskan hutang golongan B40.

“Dulu zaman PH ada Menteri nak buat kereta terbang. Hari tu ada Timbalan Menteri ni suruh bank hapuskan hutang B40. Sekarang pula dia nak cetak duit banyak-banyak bagi dekat rakyat.



“Dia tak tau ke jadi bahan lawak? Ingatkan dah jadi kerajaan PN cerdik sikit rupanya sama jugak hahaha. Asal ex PH mesti kelakar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya hari ini.

Isnin lalu, Wan Ahmad Fayhsal mencadangkan agar Bank Negara mencipta lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Bercakap di radio BFM, timbalan menteri itu berkata, ini boleh dilakukan dengan “pengampunan hutang” untuk membantu rakyat.

Katanya, ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencipta iaitu dengan mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya. MG



PH bukan urus negara tapi sibuk siapa mahu jadi PM – Tok Mat

Related Articles

One Comment

  1. Kalau cetak wang dan edarkan ke pasaran pun tak boleh juga masalah, inflasi jadi bertambah teruk. Contoh gula sekilo RM2.85 waktu sekarang, akan jadi RM5.40 atau RM5.70 kalau “wang helikopter” diedarkan ke dalam pasaran.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker