[VIDEO] Juruwang Hamil Ditampar Kerana Barang Pelanggan Tercampak

KLANG: Hanya kerana barang yang ingin dimasukkan dalam plastik tercampak keluar, juruwang pasar mini yang sedang hamil lima bulan ditampar lelaki dalam kejadian di Rantau Panjang, Ahad lalu.

Menceritakan kejadian, mangsa, Nor Ain Shafinaz Nor Azman, 24, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam apabila isteri lelaki terbabit sedang membuat bayaran di kaunter.

VIDEO DIBAWAH:-



[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ep6ASRvQiqc[/embedyt]

Katanya, ketika sedang memasukkan barang ke dalam plastik, dia tidak perasan salah satu barang yang dimasukkan tercampak keluar.

“Wanita terbabit berang dan membebel, namun, saya tidak ambil peduli dan meneruskan kerja. Namun, beberapa saat kemudian, suami wanita ini yang berada di luar kedai meluru ke arah kaunter sambil membebel dan terus menampar muka.

“Malah, lelaki ini juga mempersoalkan insiden barang yang dibeli isterinya tercampak keluar ketika membuat bayaran dan meminta saya berhenti kerja jika tidak ikhlas dan berminat untuk terus bekerja.

“Saya sangat terkejut dengan tindakannya dan kejadian ini disaksikan dua pelanggan lain. Selepas kejadian, muka terasa sakit, namun, cuba menahannya sehingga selesai menguruskan bayaran pelanggan lain,”katanya.



Kelindan maut tercampak di laluan bawah lebuh raya

Mengulas lanjut mengenai kejadian, dia tidak menyangka lelaki tersebut tergamak membuat demikian terhadapnya yang sedang hamil lima bulan.

“Saya memang tidak sengaja membuat barang tersebut keluar daripada plastik. Akibat daripada kejadian itu, saya kini mengalami trauma dan hidup dalam ketakutan kerana bimbang insiden sama akan berulang lagi.



“Oleh demikian, saya telah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja pada malam kejadian kerana khuatir dengan keselamatan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh mengesahkan menerima laporan daripada mangsa kelmarin.

Menurutnya, pihaknya telah menahan suspek yang berusia 38 tahun di rumahnya di sekitar daerah ini pukul 8.30 malam tadi.

“Suspek bekerja sebagai pemandu lori ais dan semakan mendapati lelaki terbabit mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.



“Lelaki ini telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 35 saat memaparkan seorang juru wang ditampar seorang lelaki di kaunter di Facebook.

Jemaah kena terajang, tampar, rupanya Ini saja kesalahan dia buat (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker