“Saya Lebih Selesa Tak Ada Ayah, Boleh Tidur Dengan Mama” – Cik B

Terkini di My KMU !!!!---->

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida, Cik B tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini.

Jelas Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, ibunya sudah memainkan peranan sebagai bapa dan ketua keluarganya sepanjang tempohnya membesar.

“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain. Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama.

“Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.

“Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini, mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” tambahnya.

Vida sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun bercerai pada April 2017.

Pelantun lagu I Am Me itu juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu-GEMPAK

Vida nafi halang anak bertemu bapa

Leave a Reply