Pembangkang dakwa Timbalan Menteri menunjuk jari tengah kepada mereka
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menafikan beliau menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengah di Dewan Rakyat sebelum proses pengundian belah bahagi peruntukan untuk kementeriannya bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Puncak Borneo menafikan dakwaan itu dan berkata, mungkin Ahli Parlimen yang melihat itu tersalah nampak.
“Saya ingin tegaskan itu tidak benar saya tak tunjuk jari tengah saya dan mungkin mereka tersalah nampak.
“Tetapi kalau mereka beranggapan sedemikian saya sedia meminta maaf,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Pembangkang jelas tidak berpuas hati dan meminta Speaker melihat semula cctv bagi mengesahkan dakwaan mereka.
Bagaimanapun tuntutan pembangkang tidak dilayan dan dewan rakyat berhenti bersidang.
Jeritan kedua-dua belah pihak dapat didengar selepas itu. Di pihak kerajaan terdengar jeritan “5-0”.
Batu Kawan pula mendakwa Parit Sulong sendiri yang melihat perbuatan Timbalan Menteri tersebut.
Diharapkan agar ianya dakwaan semata-mata kerana sekiranya benar ia adalah perbuatan yang tidak patut dilakukan oleh eorang timbalan menteri.
Larangan 2 jari ke atas mangsa rogol
You must be logged in to post a comment.