‘Bayar RM3,000 jika tidak mahu ibu tahu kamu gay’

‘Bayar RM3,000 jika tidak mahu ibu tahu kamu gay’

Ampang Jaya: Tindakan seorang lelaki menyamar polis dan ingin melakukan seks luar tabii dengan penuntut lelaki yang dikenali di laman sosial selain memeras ugut mangsa mengundang padah apabila dia ditahan semalam.

Penuntut universiti swasta itu trauma selepas diugut suspek berusia 32 tahun yang mendakwa mangsa seorang gay dan akan memberitahu ibunya jika tidak membayar RM3,000.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berusia 24 tahun mengenali suspek di laman sosial dan dijemput suspek pada 10 Ogos lalu dengan kereta di Jalan Putra 4, Ampang.

Menurutnya, suspek mendakwa dirinya ‘pegawai polis’ dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan mengugut mengatakan mangsa seorang gay serta akan memberitahu ibu pengadu mengenai perkara itu.

“Suspek meminta wang sebanyak RM3,000. Akibat ketakutan, mangsa menghubungi rakannya untuk memindahkan wang kepadanya.

“Selepas itu, suspek membawa mangsa ke sebuah bank di Ampang Point untuk mengeluarkan wang tetapi tidak dapat dikeluarkan sehingga menyebabkan suspek marah,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Mohd Azam berkata, selepas itu suspek memberikan wang tunai sebanyak RM1,500 kepada suspek ketika berada di dalam kenderaan di hadapan kedai serbaneka 24 jam di Taman Nirwana.

“Suspek meminta baki RM1,500 dipindahkan melalui pemindahan dalam talian ke sebuah akaun Maybank sebelum meninggalkan mangsa di hadapan sebuah restoran.

“Susulan itu, pada jam 6.40 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya menahan suspek di kawasan letak kenderaan di Petaling Jaya,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan dadah dan ujian air kencing adalah negatif dadah.



“Siasatan mendapati tujuan suspek berjumpa mangsa adalah untuk lakukan seks luar tabii. “Suspek juga mengugut mahu menangkap semua pengamal LGBT di Malaysia menyebabkan mangsa ketakutan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan merujuk kepada mendatangkan ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan,” katanya. HM

‘Bayar RM3,000 jika tidak mahu ibu tahu kamu gay’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?



Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker