Nora dan wartawan hiburan senior jadi sasaran kecaman Azwan Ali

Sebaran :

BERGELAR anak seni bukanlah sesuatu yang dicipta dan digembar gemburkan oleh diri sendiri sebaliknya ia mengambil kira banyak faktor. Sama ada dilahirkan dalam keturunan anak seni, darah yang mengalir di tubuh itu menjadi satu kelebihan sekiranya kerjaya seni menjadi kesinambungan. Akan tetapi jika tidak menyambung legasi, tidak mengapa.

Kategori anak seni yang satu lagi datangnya daripada mereka yang amat meminati bidang seni. Tidak kira seni suara, seni lakon ataupun bidang pengacaraan. Bakat yang ada boleh dipupuk dan diasah sehingga menjadi sebutir berlian yang bergemerlapan di persada seni tanah air.

Sejak dulu lagi, anak seni dan wartawan hiburan mempunyai hubungan yang baik, kalau tidak rapat sekalipun. Walaupun hubungan itu adakalanya mencetuskan berantakan namun dalam sejuta keburukan, pasti ada kebaikan. Tidak semestinya segala itu busuk dan buruk. Itulah sebabnya, orang tua-tua ada berpesan, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.”

Menjalin hubungan juga bermakna menjalin silaturahim. Itu dijaga dengan santunnya. Menjaga hati, tutur dan bicara agar tiada yang terasa atau berkecil hati.



Hari ini, dengan menggunakan platform media sosial iaitu Instagram dan Facebook, berlaku perbalahan dan serangan ke atas artis dan wartawan hiburan senior yang dicetuskan oleh Pengacara Azwan Ali.

Pada tahap dan kedudukan Azwan hari ini, sejajar dengan usia dan penglibatannya dalam bidang pengacaraan di Malaysia, siapakah di antara kita yang layak untuk menegur tulisan Azwan di media sosial miliknya?

Akan tetapi apabila mendapat tangkap layar catatan Azwan Ali dan dikongsi secara peribadi oleh seorang rakan wartawan hiburan membuatkan penulis hilang kata-kata.

Jauh sekali mahu mengadu domba terhadap mana-mana pihak tetapi perbuatan Azwan menimbulkan kemusykilan dan tandatanya…. Mengapa???



Membaca berulang kali apa yang dicoretkan oleh Azwan yang secara terang-terangan ditujukan kepada penyanyi Nora Arifin adalah sesuatu yang tidak sewajarnya dilakukan oleh Azwan. Waimah apapun nawaitu Azwan tetapi wajarkah seorang insan seperti Azwan berbuat catatan sebegitu?

Catatan Azwan itu langsung tidak mencerminkan latar belakang beliau yang suatu ketika dahulu, dihormati oleh penduduk Klang Gate, kalau bukan seluruh rakyat Malaysia.

Entah apa yang berlaku di antara Azwan dan Nora sebelum ini, serangan dibuat oleh Azwan terhadap penyanyi itu disifatkan sebagai kebudak-budakan. Kalau tidak pun, ia mengundang perbalahan sekiranya pihak Nora bertindak seperti mengambil tindakan undang-undang.

Sebagai seorang graduan undang-undang dari Universiti Malaya, bukankah Azwan cerdik orangnya? Mengapa meletakkan tahap intelektual di lutut?



Kita semua tahu bahawa Azwan mampu mengupah lima enam orang peguam untuk membelanya dan duit bukan masalah bagi Azwan. Tetapi ini lebih ke arah harga diri, maruah dan rasa hormat sesama Islam. Menjadi insan tersohor biarlah dilingkungi dengan kata-kata yang positif dan baik-baik.

Sebut nama Azwan biarlah diiringi dengan doa yang baik-baik belaka kerana Azwan dahulu membawa aura yang positif.

Bukannya penuh dengan sifat kebencian dan meluat bahkan menghina terhadap individu lain. Samalah dengan serangan Azwan terhadap seorang wartawan hiburan senior yang pastinya mengundang musibah kepada pihak Azwan.

Memang benar wartawan bukan maksom, begitu juga dengan diri Azwan. Cuma mengapa serangan sedemikian dilontarkan kepada wartawan hiburan senior berkenaan?

Andai kata darah daging Azwan sendiri diperlakukan begitu, apakah Azwan tidak merasa marah? Tidak merasa kecewa? Akan membiarkan sahaja darah daging dihina begitu?

Apabila kita melalui frasa dalam kehidupan, kita semua berubah. Perubahan itu biarlah cenderung ke arah positif. Kebaikan. Menjadi kesukaan dan kesayangan ramai. Kalau bukan orang luar sekali pun, kaum keluarga sendiri.

Di antara penulis dengan Azwan Ali, dengan wartawan hiburan senior dan Nora… hubungan silaturahim sesama Islam. Kita semua doakan yang baik-baik sahaja dan tidak perlulah menyerang Nora dan wartawan hiburan senior seperti ini.

Jika ada yang tidak kena, boleh sahaja bermuzakarah, berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Berhenti menghina, berhenti mengata. – SM

‘Kejap Lagi Kena La Tu’ Nabil Berani Perli Diva AA, Sekali Azwan Ali Komen..Amekaw..Kan Dah Dapat…


Sebaran :

Leave a Reply