‘Kejap Lagi Kena La Tu’ Nabil Berani Perli Diva AA, Sekali Azwan Ali Komen..Amekaw..Kan Dah Dapat…

Setiap hari Ahad, pelbagai rancangan hiburan berbentuk nyanyian di siarkan di beberapa saluran televisyen tempatan.

Begitu juga di TV3 dimana pengacara terkenal Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah membuat comeback dengan mengacarakan program Lagu Cinta Kita 2 bergandingan dengan Elly Mazlein.

Kehadiran semula Diva AA di pentas hiburan telah mendapat pujian warganet di media sosial sehingga kedua-dua episod yang dibawa olehnya trending di Twitter.



Wahh beraninya Nabil!

Namun begitu, malam tadi tercetus satu kontroversi yang berlaku di satu lagi rancangan televisyen, Gegar Vaganza musim ke-7 apabila pengacaranya, Nabil Ahmad didakwa seakan-akan memerli kemunculan Diva AA.

Hal ini membuatkan warganet mulai tidak senang dengan tingkah yang begitu tidak profesional daripada seorang pengacara TV ketika sedang bersiaran langsung.

[VIDEO] Nabil Perli Diva Azwan Ali (AA), Netizen Naik Angin



Nanti ada la tu permohonan maaf

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah mengecam tindakan tersebut dan memaklumkan bahawa gaya pengacaraan Diva AA jauh lebih baik berbanding dirinya.

Mereka juga menyuruh pengacara Gegar Vaganza itu bersiap sedia untuk menerima makian oleh Azwan Ali di Twitternya.

Kejap lagi kena la tu



“Tak padan dengan haji, lawak melucah je”

Saja cuba gali kubur sendiri

Apa yang di jangkakan oleh netizan benar-benar berlaku apabila Diva AA memuat nailk satu tweet m3ngecam kembali hos rancangan terbabit

Lagu Cinta Kita 2 dan Gegar Vaganza musim ke-7 bersiaran langsung secara serentak di dua stesen televisyen popular negara. Keduanya merupakan rancangan nyanyian yang menampilkan dua format berbeza dan pengacara terkenal tanah air.



Umi Halfida Puji Penampilan Abang

Penampilan terbaharu pengacara kontroversi, Azwan Ali dalam program Lagu Cinta Kita di TV3 malam tadi mendapat pujian ramai netizen termasuk adiknya, Ummi Hafilda.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Ummi berkata, walaupun terperanjat, dia mengakui abangnya memiliki pengaruh besar sebelum ini sebagai pengacara dan penerbit program disegani.

“Baguslah diva AA (Azwan) balik ke imej asal di zaman kegemilangannya di TV3 suatu ketika dulu as pengacara terbaik Asia dan penerbit yang cukup berpengaruh dengan program program berprestij dan meletop hingga melonjakkan rating TV3 ketika itu seperti Juara Lagu, Melodi, Sampaikan, Chit Chat dan lain-lain. Terperanjat juga buka televisyen sekejap ini..muncul dia dan Elly Mazlien dalam rancangan baru, Lagu Cinta Kita di TV3,” tulisnya.



Azwan dan Ummi merupakan adik kepada Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.


Gandingan Azwan Ali bersama Elly Mazlein menjadi tumpuan malam tadi sehingga menjadi trending di laman sosial.
Setelah lama menyepi dari industri hiburan, Azwan lebih dikenali sebagai Diva AA kembali diberi peluang sebagai pengacara Lagu Cinta Kita Musim Kedua.

Gandingan Azwan yang mengacara bersama Elly Mazlein menjadi tumpuan malam tadi sehingga menjadi trending di laman sosial.

Sebelum ini, Azwan sering mengenakan selendang di leher namun semalam dia telah menyarungkan sut lengkap dengan gaya dandanan rambut lelaki menerima pujian ramai.



Biarpun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, aura pengacaraan Azwan masih lagi berbisa dan netizen turut memuji Azwan yang masih bijak pandai untuk mengawal dan menggunakan tone suara ketika mengendalikan program hiburan. – MalaysiaGazette

Apa-apa pun di harapkan Nabil lebih berhati-hati dan profesional bila mengacara ya…

Sumber: AlanAl Padat

‘Dulu hari-hari orang kecam, sekarang tidak lagi’ – Azwan Ali

Related Articles

One Comment

  1. X faham la si Nabil ni,apa yg sibuk sangat kan si AA tu,dia x kacau ko pun.Dia diberi tugas pengacaraan rancangan. Lagu cinta kita 2.Masing ada cara tersendiri.X payah nak perli2.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker