Muhyiddin terima sokongan terbesar sebagai PM pilihan rakyat – EMIR Research

Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima sokongan tertinggi rakyat sebagai perdana menteri pilihan, menurut laporan EMIR Research.
Memetik kajian yang dilakukan pada suku ketiga tahun ini, Muhyiddin menerima sokongan 65 peratus responden berbanding tujuh lagi calon lain.

Satu kaji selidik yang dijalankan mendapati Muhyiddin Yassin memperolehi sokongan dua pertiga (67 peratus) daripada orang Melayu sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, kaji selidik yang sama mendapati hanya tujuh peratus orang Melayu menyokong parti pimpinan Muhyiddin, Bersatu.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berada di kedudukan kedua iaitu dengan 10 peratus sokongan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim di kedudukan ketiga, lapan peratus.



Malah, Muhyiddin turut menerima sokongan yang tinggi di semua negeri, kecuali di Pulau Pinang, dimana Dr Mahathir menerima sokongan terbesar.

Selain itu, kajian tersebut turut menunjukkan sokongan daripada kaum Cina dan India terhadap Muhyiddin agak kukuh, iaitu masing-masing 50 peratus dan 49 peratus.

Sokongan kedua tertinggi melibatkan dua kumpulan kaum ini adalah kepada Anwar.

Corak sama turut ditunjukkan dalam kalangan pelbagai kumpulan demografi. Muhyiddin menerima sokongan tinggi daripada responden urban (68 peratus).



Mengikut pecahan jantina pula, Muhyiddin menerima sokongan terbesar dari responden wanita (73 peratus).

Sementara dari segi umur pula, beliau menerima sokongan besar dari kumpulan muda.

Kajian EMIR Research ini dilakukan pada Ogos lalu dengan pelbagai metodologi kajian dilaksanakan melibatkan 2,096 responden. Awani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker