Beri RM350 sebulan untuk warga tua B40, naikkan umur keluar duit KWSP kepada 65 tahun, gesa Bank Dunia

Bank Dunia mencadangkan kerajaan menimbang memberikan pencen bulanan RM350 sebulan kepada warga tua B40 manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkatkan usia minimum pencarum dibenar mengeluarkan keseluruhan simpanan kepada 65 tahun.

Dalam laporan mengenai keselamatan sosial untuk warga tua di Malaysia yang dilancarkan hari ini, Bank Dunia turut mencadangkan segala caruman KWSP ditukar sepenuhya sebagai simpanan dan tidak lagi diguna pakai untuk keperluan lain.

Ini untuk membolehkan pencarum mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung keperluan di usia tua.

Had umur minimum untuk pencarum mengeluarkan simpanan KWSP ketika ini adalah 55 tahun dan mereka dibenarkan mengeluarkan 30 peratus caruman untuk pelbagai tujuan seperti membeli rumah dan pendidikan, manakala bakinya untuk simpanan hari tua.

Menurut laporan itu, KWSP harus mengorak langkah meningkatkan usia minimum pengeluaran caruman kepada 65 tahun bagi memastikan ia boleh menampung keperluan pencarum untuk jangka masa yang lebih lama.

Menurut laporan Bank Dunia itu, peralihan dari had umur 55 tahun ke 65 tahun untuk mengeluarkan keseluruhan caruman boleh dilakukan beransur-ansur dalam tempoh 20 tahun.

KWSP juga digesa meninjau kemungkinan memperkenalkan insuran umur panjang dan produk lain yang boleh mengurangkan kadar caruman tanpa menjejaskan kebajikan pencarum.

Laporan itu menegaskan pendekatan sedemikian diperlukan untuk membela pencarum berusia yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan bermasalah kerana simpanan mereka semakin merosot atas faktor tertentu.

Dalam laporan itu, Bank Dunia juga menyarankan penubuhan program pencen sosial yang dibiayai menerusi hasil cukai untuk menjamin sumber pendapatan bagi golongan yang memerlukan pembelaan.

Sebagai contoh, warga tua dalam kumpulan B40 boleh diberikan pencen RM350 setiap bulan, mengikut sistem Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ada sekarang.

Laporan itu berkata ramai keluarga berpendapatan rendah masih tidak mempunyai perlindungan KWSP.

Ketua Pegawai Pembangunan Sumber Manusia Bank Dunia Achim Schmillen, dalam membentangkan laporan dalam talian itu berkata 40 peratus pekerja Malaysia tidak mempunyai caruman dengan KWSP mahupun institusi tabungan lain.

Justeru perlu ada agenda dan dasar untuk memastikan warga tua golongan B40 memperolehi jaminan pendapatan, kata beliau. FMT

BN Terus Desak Pemberian One-Off KWSP

Related Articles

6 Comments

    1. Woiii…Bank Dunia…hang gila ka apa…belum tentu lagi boleh hidup sampai umur 65…hang gila ka apa…aku rasa bank dunia ni dah sewel kot…bodoh punya cadangan…tak masuk akal…

  1. Sudah pinjam ke bank dunia ke atau baru di beri cadangan rm350 tidak cukup saya sudah cuba, ikat perut

  2. Akta kwsp harus digubal semula dimana sekarang ni caruman pekerja hanyalah dari gaji asas sahaja tidak termasuk elaun. Kebanyakkan majikan mengambil kesempatan ini dengan memberikan gaji asas yg rendah dan elaun lebih tinggi dari gaji asas yg tidak dimasukkan kedalam penyata gaji pekerja tetapi pekerja dikena cukai LHDN keatas semua pendapatan. Inilah salah satu sebab caruman KWSP pekerja menjadi kurang kerana majikan pun membayar kurang berlandaskan gaji asas pekerja yg rendah. Kerajaan harus menetap keseluruhan gaji pekerja dimasukkan kedalam penyata gaji bulanan sebagai mandatori dalam akta buruh dan akta KWSP.

    1. A lot of us are waiting for years to take out at 55 to do whatever before we get too old to enjoy our saving, Bank dunia, please dont mess with our savings and dreams. If kwsp increase the age to 65, we will all go on strike, please be warned

  3. Wahai bank dunia, ada akai ka tarak akai, umur 65 belum tentu dapat rasa duit simpanan sendiri. Buat statement, paling minima umor 65 thn baru boleh keluar simpanan, macam la bank dunia ni tuhan..seolah olah tahu jangka hayat orang…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker