Tanah runtuh: Suasana hiba selubungi Hospital Sungai Buloh

HULU SELANGOR – Bantuan RM10,000 akan disalurkan segera kepada setiap mangsa yang terkorban, dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, yang terjadi awal pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara tersebut setelah meninjau pos kawalan di lokasi nahas dan turut menjelaskan, bantuan itu akan diselaraskan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor untuk pelaksanaan segera.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyalurkan peruntukan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK Selangor) selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Selangor. Kemudian, SUK Selangor akan menyalurkan bantuan terus kepada mangsa.



“Selain itu, bantuan bernilai RM1,000 turut akan diberikan kepada setiap ketua isi rumah mangsa yang terlibat dalam tragedi ini. Kerajaan negeri juga berusaha untuk berikan penjelasan terperinci dan tentunya kita akan hantar lagi wakil-wakil untuk menemui keluarga yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya dalam sidang akhbar kepada pemberita hari ini.

Tambahnya, buat masa ini orang awam hanya perlu menumpukan kepada laporan awal daripada Ketua Polis Negara, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan penguat kuasa yang lain kerana beliau sendiri tidak mahu mendahului tugas mereka.

Dalam pada itu, Anwar Ibrahim turut menzahirkan rasa simpati kepada seluruh keluarga mangsa atas kehilangan nyawa di mana ada di antaranya terdiri daripada anak kecil.

Jelasnya lagi, ini merupakan tragedi buat rakyat Malaysia dan beliau berasa sedih serta berdukacita atas kemalangan yang menimpa negara.



Beliau turut melahirkan rasa penghargaan kepada semua petugas pihak berkuasa yang bertungkus lumus bekerja dalam suasana yang sukar dan risiko yang besar dengan cuaca yang tidak menentu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker