Kenapa tiada lagi kuarantin wajib bagi mereka yang pulang dari Sabah, soal Najib

Terkini di My KMU !!!!---->

Memandangkan jumlah kes baru Covid di Sabah masa tinggi, saya kurang senang dengan pengumuman mengejut petang tadi bahawa mereka yang pulang ke Semenanjung Malaysia dari Sabah tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Saya harap Kementerian Kesihatan akan menjelaskan keputusan ini.

Walaupun jumlah kes baru Covid di Sabah menunjukkan trend menurun sejak minggu lepas tetapi jumlah kes yang dikesan dari kategori “lain-lain saringan” masih tinggi.

Pada saya “lain-lain saringan” ini yang paling bahaya kerana ia adalah kes yang tidak berkait dengan mana-mana kluster yang sudah dikenal pasti dan setiap kes dari kategori “lain-lain saringan” mampu melahirkan sebuah kluster baru.

Biasanya ianya terdiri dari saringan begejala di mana orang yang sakit setelah dijangkit meminta rawatan.

Ianya bukan hasil dari pengesanan secara aktif bagi kluster sedia ada atau untuk kontak hubungan rapat.

Kita tengok jumlah kes baru di Sabah sejak lima hari lalu.

19 Nov (Khamis): 660 kes baru (98 lain-lain saringan)
20 Nov: 512 kes baru (119 lain-lain saringan)
21 Nov: 346 kes baru (155 lain-lain saringan)
22 Nov: 311 kes baru (114 lain-lain saringan)
23 Nov: 289 kes baru (73 lain-lain saringan)

Sebagai contoh, biarpun Selangor mencatat jumlah kes baru yang sangat tinggi semalam berbanding Sabah, jumlah kes dari kategori “lain-lain saringan” adalah 27 berbanding 73 di Sabah.

Maka soalan paling asas ialah jika ianya wajar untuk melonggarkan SOP untuk tidak lagi memerlukan kuarantin wajib 14 hari bagi pelawat dari Sabah memandangkan Sabah masih mencatat jumlah paling tinggi dalam kategori lain-lain saringan?

Saya bersangka baik bahawa perubahan syarat hari ini adalah berasas dan tidak ada kena-mengena dengan kepentingan politik memandangkan ada ahli-ahli parlimen yang masih berada di Sabah yang mungkin dihalang untuk mengundi bagi bajet 2021.

Jika ianya benar, saya lebih rela hari mengundi bagi bajet 2021 ditundakan.

Bagi saya, Malaysia tidak mampu lagi dijejaskan hanya kerana kepentingan politik dan kita tidak boleh mengulangi kesilapan-kesilapan dahulu di mana MKN tertunduk kepada kehendak BERSIH dan Teresa Kok dan membuat keputusan bahawa mereka yang pulang dari Sabah sebelum hari mengundi PRN Sabah tidak perlu disaring atau dikuarantin.

Akibatnya, gelombang ketiga tercetus di seluruh negara sehingga hari ini.

Setiap keputusan yang melibatkan kesihatan Rakyat dan ekonomi negara perlu berpandu pada sains – bukan berdasarkan kepentingan politik.
Saya amat harap Kementerian Kesihatan akan menjelaskan keputusan hari ini.

NAJIB RAZAK

KKM teliti kuarantin wajib terhadap individu pulang dari PRN Sabah

Leave a Reply