Guan Eng perlu minta maaf jika mahu kerajaan tambah belanjawan RM45 bilion

Share

AHLI Parlimen Bagan Lim Guan Eng perlu meminta maaf sekirannya masih bertegas meminta kerajaan menambah perbelanjaan Belanjawan 2021 sebanyak RM45 juta lagi.

Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, permohonan maaf secara terbuka bekas menteri kewangan dan pemimpin Pakatan Harapan lain perlu kerana mengantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga menyebabkan pendapatan kerajaan menyusut.

“Mengganti GST dengan SST dan akibatnya hasil kerajaan sudah berkurangan dan masih sedang berkurangan RM25 bilion setahun dan ekonomi gelap yang saiznya RM300 bilion setahun terlepas cukai sejak 2 tahun yang lalu

“Menggantikan GST dengan SST tidak dapat mengurangkan harga barang. Malah harga barang naik sekali lagi sebab sistem cukai bertukar manakala pelbagai cukai baru seperti levi pelepasan, cukai gula dan cukai digital perlu diperkenalkan oleh PH,” kata Najib.

Bekas perdana menteri itu berkata, permohonan maaf itu juga perlu berikutan pengenalan langkah populis tax-holiday selama tiga bulan menyebabkan nisbah hutang pengguna naik semula apabila ramai berlumba-lumba untuk meminjam dan membeli kereta masa itu. SM

Di bawah dari FB Najib Razak

Sebenarnya ia tak salah bagi bekas Menteri Kewayangan untuk suruh kerajaan PN tambah RM45 bilion kepada perbelanjaan Bajet 2021.

Siapa tak mahu lagi RM45 bilion diberi kepada Rakyat pada zaman krisis Covid ini?

AKAN TETAPI….

Kerajaan PN akan perlu meminjam RM45 bilion ini dan hutang negara yang sudah cecah RM900 bilion sekarang akan naik RM45 bilion pagi.

Saya ambil graf di bawah dari laporan fiskal Suku 3 2020 Perbendaharan Malaysia yang dikeluarkan minggu lepas:
https://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/Q3-2020/Q3-2020.pdf (muka surat 9)

Laporan fiskal tersebut mengesahkan bahawa kerajaan PH telah melanggar had statutori 55% bagi nisbah hutang kepada KDNK pada akhir suku pertama tahun 2020.

Pada suku ke-3 2020, kerajaan PN juga telah langgar had statutori yang telah naikkan dari 55% ke 60% dalam RUU yang diluluskan dalam Dewan Rakyat pada bulan Ogos lalu.

Laporan kementerian kewangan terbaru ini jelas menyatakan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK pada akhir Suku 3 2020 sudah 60.7% – iaitu melebihi had baru 60% yang telah dinaikkan.

Sebelum PRU14, nisbah hutang kepada KDNK ini telah diturunkan ke 48.7% sahaja akibat kerajaan BN turunkan defisit negara untuk 8 tahun berturut-turut dan pertumbuhan KDNK yang mantap.

Biarpun tiada Covid dalam tempoh itu, nisbah ini naik dengan amat laju sekali akibat kebodohan pentadbiran Gagalkrasi PH.

Pada akhir suku pertama tahun 2020 semasa kerajaan tumbang, nisbah sudah cecah 55% berbanding 48.7% masa BN.

Jika Guan Eng masih tegas untuk suruh kerajaan PN pinjam dan tambah RM45 bilion lagi kepada bajet 2021 maka kerajaan PN perlu mengusulkan satu lagi RUU di Dewan Rakyat untuk luluskan had statutori pinjaman dari 60% (yang sudahpun dinaikkan dari 55% pada bulan Ogos) ke 65%.

Maka Guan Eng dan seluruh barisan pemimpin PH perlu memohon maaf secara terbuka atas kebodohan pentadbiran mereka iaitu:

1. Mengganti GST dengan SST dan akibatnya hasil kerajaan sudah berkurangan dan masih sedang berkurangan RM25 bilion setahun dan ekonomi gelap yang saiznya RM300 bilion setahun terlepas cukai sejak 2 tahun yang lalu.

2. Menggantikan GST dengan SST tidak dapat mengurangkan harga barang. Malah harga barang naik sekali lagi sebab sistem cukai bertukar manakala pelbagai cukai baru seperti levi pelepasan, cukai gula dan cukai digital perlu diperkenalkan oleh PH.

3. Melaksanakan langkah populis tax-holiday 3 bulan untuk entah kenapa dan menyebabkan nisbah hutang pengguna naik semula apabila ramai berlumba-lumba untuk meminjam dan membeli kereta masa itu.

4. Menjarah RM84 bilion dari rizab tunai Petronas sebanyak RM174 bilion (yang ditinggal BN) untuk menampung kekurangan hasil kerajaan dan menanggung kerugian dari tax-holiday 3 bulan itu sehingga Petronas diturunkan penarafan.

5. Gagal menjaga ekonomi sehingga pelabur asing lari, share market jadi paling corot dalam dunia dan pertumbuhan KDNK menjadi paling rendah sejak 11 tahun lalu. Akibat KDNK lembab maka nisbah hutang kerajaan kepada KDNK juga naik lebih pantas dan akhirnya dua kali melanggar had statutori hutang.

Najib Ingatkan Guan Eng Mungkin Lupa, Tapi Fakta & Internet Tidak Pernah Lupa

One thought on “Guan Eng perlu minta maaf jika mahu kerajaan tambah belanjawan RM45 bilion

  • November 23, 2020 at 07:51
    Permalink

    Guan Eng perlu berfikir secara professional, Bulan mencari popularliti. Hasil Negara Semakin berkurang, hutang kian bertambah. Jangan pula menyalahkan orang lain. Kerajaan PH gagal..

    Reply

Leave a Reply