Tiada bank pusat yang mencetak wang seperti Santa Claus memberi gula-gula kepada kanak-kanak semasa Krismas, melainkan di ‘banana republic

Share

Cetak duit: Bekas Pegawai Perbendaharaan ajar Timbalan Menteri

TIMBALAN Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diajar mengenai fungsi Bank Negara Malaysia (BNM) mencetak duit.

Ketua Angkatan Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga diberitahu mencetak wang bukan cara menambah kecairan dalam ekonomi.

Sebaliknya, cetakan duit oleh BNM dibuat untuk membeli hutang dalam bentuk bon yang dikeluarkan oleh kerajaan dan juga sektor swasta.

Ia tidak akan sewenang-wenangnya dicetak bagi menghadapi krisis dan meningkatkan kecairan dalam ekonomi.

“BNM tidak akan berbuat begitu kerana bukan itu fungsi bank pusat

“Bank pusat di seluruh dunia, seperti juga BNM, tidak memberi wang kepada kerajaan untuk diagihkan seperti cadangan timbalan menteri itu.

“Tiada bank pusat yang mencetak wang seperti Santa Claus memberi gula-gula kepada kanak-kanak semasa Krismas, melainkan di ‘banana republic’.

Kata bekas Ketua Setiausaha Kementeran Kewangan, Tan Sri Mohd. Sherrif Mohd. Kassim menempelak Ahmad Fayhsal dengan menyifatkan cadangan Ahli Dewan Negara itu seperti meminta ‘permaidani ajaib Aladdin’.

Terdahulu, Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa itu mencadangkan kerajaan supaya mencetak wang untuk diberikan kepada rakyat miskin dalam menghadapi tekanan ekonomi.

Bagaimanapun, cadangan beliau dikritik ramai pemimpin sehingga terdapat gambarnya disunting dalam nota wang kertas.

Ramai tidak boleh terima cadangan tersebut kerana menganggap ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang anggota kabinet.

Namun, beliau kemudian mendakwa kenyataannya telah disalah tafsir dan mengatakan cetakan wang bukan faktor utama berlaku inflasi.

Walau bagaimanapun, Gerakan Keadilan Monetari menyokong cadangan Wan Ahmad Fayhsal dengan mendakwa kaedah cetakan wang itu sudahpun dilakukan banyak negara termasuk Amerika Syarikat.

Presidennya, Prof. Dr. Ahmad Kameel Mydin mendakwa apabila wang baru mengisi kecairan yang hilang ia tidak akan menimbulkan inflasi sebaliknya akan merangsang ekonomi. – SM

Cetak wang kertas lebih banyak untuk diagihkan kepada rakyat – Wan Fayhsal

Leave a Reply