Najib Ingatkan Guan Eng Mungkin Lupa, Tapi Fakta & Internet Tidak Pernah Lupa

Guan Eng tak henti-henti tuntut kerajaan untuk pinjam lagi RM45 bilion untuk menambah saiz bajet 2021 dari RM322.5 bilion ke RM367.5 bilion dan digunakan untuk memberi pelbagai bantuan kepada Rakyat.

Dia kata perbelanjaan kerajaan sebanyak RM322.5 bilion untuk tahun 2021 tak cukup (sebab hanya 2.5% lebih besar daripada saiz RM314.6 bilion pada tahun 2019).
Suruh kerajaan PN jangan malu untuk pinjam dan jangan hirau defisit kerajaan. Pinjam sahaja dan gunakan, kata dia.

Setiap kali saya baca kenyataan dia, saya facepalm. Serious!

Jika dia tak mansuhkan GST, jika dia tak beri tax-free holiday 3 bulan, jika dia tak naikkan semula kebergantungan kepada hasil minyak, jika PH tak naikkan defisit negara untuk 2 tahun berturut-turut masa tiada Covid, jika PH tak hancurkan ekonomi negara dan jika PH tak jarah RM84 bilion dari rizab tunai Petronas RM174 bilion ditinggalkan kerajaan BN, maka tiada keperluan untuk Guan Eng suruh kerajaan PN untuk meminjam RM45 bilion lagi.

Wang Petronas dijarah sebanyak RM54 bilion (daripada jumlah RM84 bilion dijarah PH dalam tempoh 2 tahun mereka) sudah cukup untuk membiayai perbelanjaan tambahan RM45 bilion yang dituntut Guan Eng.

Sehingga Petronas diturun penarafan oleh agensi antarabangsa pada masa PH.
(Ya, Guan Eng. RM54 bilion adalah lebih besar berbanding RM45 bilion)

Berbuih mulut saya beri amaran masa itu supaya PH jangan buat. Tapi mereka buat juga. Tuduh Najib bodoh dan sudah bankrapkan negara!

Sekarang, ekonomi dah jahanam bawah PH dan dia masih ada hati nak suruh kerajaan PN jangan hirau defisit dan jangan malu pinjam lebih untuk selamatkan Malaysia?

Malaysia lebih teruk di bawah PH berbanding zaman gelap, kata pemimpin PAS

Sepanjang tempoh 9 tahun saya PM, dia dan geng DAP/PH tak pernah berhenti untuk mengkritik saya sebab hutang negara meningkat sekitar RM300 bilion ke RM686 bilion sebelum PH ambil alih kerajaan.

Padahal kenaikan terbesar hutang berlaku pada awal tempoh saya menjawat sebagai PM untuk usaha selamatkan negara daripada krisis ekonomi the great global recession yang berlaku pada tahun 2008-2009.

Sejak itu, tak pernah henti PH tuduh negara semakin bankrap di bawah Najib dan generasi akan datang kita akan dibeban hutang.

Padahal saya dah turunkan defisit negara serta nisbah hutang negara untuk 8 tahun berturut-turut sehingga PH naikkannya semula.

Sekarang, saya nak beritahu Guan Eng. Hutang negara telah naik sebanyak RM216.4 bilion dari RM686 bilion ke RM902.4 bilion dalam tempoh 2 1/2 tahun sejak BN hilang kuasa.

Mana lebih pantas?

a) Hutang naik RM300b dalam tempoh 9 tahun (tapi jumlah aset negara tambah RM1.2 trilion); atau

b) hutang naik RM216.4b dalam tempoh 2 1/2 tahun (tapi jumlah aset negara turun setelah PH banyak menjual aset secara lambak) sejak BN hilang kuasa.

Paling tak boleh tahan ialah selepas dia hapuskan GST yang antara tujuan utama ialah untuk sasarkan ekonomi gelap,

Guan pula mengadu bahawa saiz ekonomi gelap ialah RM300 bilion setiap tahun dan kata dia tengah cari cara untuk pungut cukai darinya.

“Menurutnya, ketirisan hasil kesan daripada kewujudan ekonomi gelap itu perlu diurus dan ditangani dengan baik.” kata Guan Eng.

https://www.freemalaysiatoday.com/…/mof-saiz-ekonomi…/

Masa jadi kerajaan bagi RM30 saja, sekarang suruh kerajaan jangan kedekut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker