Masa jadi kerajaan bagi RM30 saja, sekarang suruh kerajaan jangan kedekut

Lim Guan Eng hari ini meminta agar kerajaan tidak kedekut untuk menambah sebanyak RM45 bilion dana Covid-19.

Beliau lupa semasa menjadi Menteri Kewangan dulu segala macam dana dikurangkan. Rakyat pula diberi RM30 menerusi e-wallet.

Kerajaan jangan kedekut -Guan Eng

Kerajaan jangan kedekut untuk menambah sebanyak RM45 bilion kepada suntikan dana Covid-19 untuk menyelamatkan pekerjaan rakyat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengilang-pengilang.

Berdasarkan tinjauan oleh Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia-Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (FMM) -MIER), lebih dari 41% pengilang Malaysia mengatakan perniagaan mereka hanya dapat bertahan selama kurang daripada satu tahun akibat daripada kerugian hasil ketika sekatan Covid-19.

Apa yang menarik adalah daripada tinjauan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) pada bulan Julai mendapati tempoh itu berdasarkan pakej rangsangan kerajaan, subsidi gaji dan moratorium bank.

Oleh itu, Lim Guan Eng berkata, tambahan RM45 bilion diperlukan untuk kelangsungan golongan yang terjejas.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, sektor perkilangan adalah komponen utama ekonomi Malaysia, menyumbang 21% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan lebih daripada 80% jumlah eksport pada tahun 2019.

Berikutan ramalan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bahawa ekonomi global akan menguncup sebanyak 4.9% tahun ini, suntikan dana tambahan RM45 bilion, moratorium pinjaman bank, diskaun tenaga elektrik dan subsidi upah sangat penting kepada perniagaan tempatan untuk bertahan dan mencegah jumlah pengangguran melebihi 1 juta orang.

”Kerajaan Persekutuan tidak patut kedekut untuk menyuntik tambahan RM45 bilion, apabila terdapat kecairan yang mencukupi di pasaran hutang domestik sebanyak RM1.6 trilion untuk menampung pinjaman tersebut.

”Jumlah suntikan dana berjumlah RM90 bilion dengan tambahan RM45 bilion bukanlah terlalu besar berbanding dengan pakej rangsangan Singapura yang berjumlah $108 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, pihak pembangkang bersedia mengetepikan perbezaan politik dan menyokong sepenuhnya sebarang langkah kewangan yang dapat mengurangkan beban rakyat dengan menggandakan suntikan dana RM45 bilion sedia ada.

”Jika ini gagal dilakukan ia boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, perniagaan gulung tikar dalam jangka waktu satu tahun dan menyebabkan kesusahan yang tidak terjangka kepada rakyat.

”Apabila semua itu terjadi, sudah terlambat jika kerajaan mahu memberikan suntikan dana tambahan sebanyak RM45 bilion kerana nasi sudah menjadi bubur, bantuan sampai terlalu sedikit dan terlalu lambat,” ujarnya, – MalaysiaGazette

Related Articles

One Comment

  1. LGE IS A GOOD FOR NOTHING LEADER EXCEPT FOR LYING. HE IS AN EXCELLENT LIAR AND IN FACT, SHOULDN’T BE A LEADER!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker