Malaysia lebih teruk di bawah PH berbanding zaman gelap, kata pemimpin PAS

Isnin lalu, Lim Guan Eng memberi amaran Malaysia akan berada di zaman gelap jika kerajaan didominasi orang Melayu, termasuk PAS.

Seorang pemimpin Sarawak PAS membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendakwa Malaysia akan berada di zaman gelap jika parti Islam itu dan Umno menyertai kerajaan.

“Kita tidak perlu tunggu PAS (menjadi kerajaan persekutuan) untuk hidup dalam zaman gelap,” kata Ketua Penerangan PAS Sarawak, Zharudin Narudin kepada FMT.

“Rakyat sudah menderita di bawah kerajaan Pakatan Harapan, khasnya DAP. Sekarang lebih teruk daripada hidup dalam zaman gelap.”

Isnin lalu, Lim mengulas spekulasi PAS dan Umno mahu bersama PPBM membentuk pakatan baru dinamakan “Pakatan Nasional”.

Katanya, kerajaan yang dikuasai orang Melayu “akan membawa zaman gelap kepada Malaysia seperti di Kelantan” di mana pemimpinnya memandang rendah teknologi moden kecuali “kereta mewah Mercedes Benz”.

Zharudin berkata, PH gagal menunaikan janji pilihan raya mereka untuk mengembalikan 20% royalti minyak dan 50% hasil cukai yang dikutip dari Sarawak kepada negeri itu.

Beliau berkata, kerajaan PH sepatutnya membandingkan senarai janji pilihan rayanya dengan janji yang dibuat PAS di Kelantan.

“Kemudian kita boleh lihat parti mana yang tidak menunaikan janjinya.”

Katanya, DAP tidak boleh bergabung dengan mana-mana parti politik di negara ini disebabkan “agenda bertentangan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat”.

Beliau berkata, DAP juga gagal hidup di bawah semangat “Malaysia for Malaysians”.

“Sebaliknya, ia seolah-olah bertukar menjadi parti Cina ekstrem seperti ditunjukkan pemimpinnya yang membantah pelaksanaan tulisan jawi khat di sekolah.”

FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker