Zionis mahu hapus penduduk Gaza, Hamas hanya alasan

Zionis mahu hapus penduduk Gaza, Hamas hanya alasan

AMMAN: Jordan dan Agensi pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) menuduh Israel mahu menghapuskan semua penduduk Gaza menerusi serangan bertubi-tubi yang dilakukan sejak 7 Oktober lalu.

Bercakap dalam Forum Doha yang diadakan di Qatar, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, Israel ketika ini melaksanakan polisi mengusir penduduk Palestin keluar dari Gaza melalui perang dan perkara itu ‘setaraf dengan definisi pembunuhan beramai-ramai’.



“Apa yang kita lihat di Gaza ketika ini bukan sahaja melibatkan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa, namun ia juga membabitkan usaha sistematik Zionis untuk mengosongkan Gaza daripada penduduknya.

“Zionis beri alasan mahu hapuskan Hamas, tetapi apa yang berlaku sekarang bukan perkara itu, sebaliknya musnahkan kemudahan infrastruktur dan membunuh penduduk,” tegasnya.

Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini turut senada apabila menuduh Israel merancang mengusir penduduk Gaza secara paksa ke Mesir.



“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan beberapa negara anggota termasuk Amerika Syarikat (AS) secara jelas menolak rancangan untuk memindahkan penduduk Gaza luar dari wilayah itu.

“Dan kini, kami melihat Israel berusaha keluarkan penduduk Gaza dan memindahkan mereka ke Mesir, tidak kira sama ada mereka mahu atau tidak,” katanya.

Jelas Lazzarini, tuduhan itu disokong dengan kemusnahan yang dilakukan tentera Zionis di utara Gaza apabila hampir semua kemudahannya dimusnahkan, termasuk hospital.

Kini, katanya, Zionis dalam usaha mengusir penduduk Palestin di Khan Yuni ke sempadan dengan Mesir dan akhirnya ‘memasuki Mesir’.



“Jika proses ini tidak dihentikan, Gaza tidak lagi jadi tanah Palestin,” ujarnya.

Sementara itu, kerajaan haram Israel menolak tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai ‘melampau dan tidak benar’. Utusan

Zionis mahu hapus penduduk Gaza, Hamas hanya alasan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zainal tak malu mengaku guna botox



Liza Hanim kecewa bakat tidak dihargai

GV10: Ella ‘lost’ nak pilih juara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker