Tindakan UMANY Tidak Gambarkan Imej Gerakan Mahasiswa- UMNOSiswa

Pengerusi Kelab Mahasiswa UMNO (UMNOSiswa) Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhammad Izzat Hakim Mohd Noh berkata, sebagai sebuah gerakan mahasiswa di kampus, University of Malaya Association of New Youth (UMANY) tidak sepatutnya bertindak biadap terhadap institusi Raja serta tidak menunjukkan imej sebagai sebuah gerakan mahasiswa.

Katanya, pekara yang dilakukan oleh UMANY ini jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada Raja serta Negara dan sebagai seorang warganegara Malaysia seharusnya mereka perlu memahami serta menghayati Rukun Negara.

“Jelas sekali, tindakan seperti ini bertujuan untuk menghasut dan membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, mereka juga melakukan perbuatan yang biadap dan penghinaan terhadap Yang Di-Pertuan Agong (YDPA). Perkara ini jelas dengan poster yang tertulis ‘YDPA SHOULD NOT INTERFERE IN NATIONAL AFFAIRS’. Hal yang ingin ditekankan di sini adalah YDPA mempunyai kuasa untuk menerima sebarang nasihat yang diberikan oleh Perdana Menteri mengikut daripada hemat dan juga rasional daripada baginda.

“Selain itu, jelas bahawa YDPA tidak membuat keputusan yang melulu tanpa sebarang perbincangan. Malah baginda turut membincangkan perkara yang dibawa oleh Perdana Menteri ke mesyuarat Majlis Raja-Raja. YDPA juga mengeluarkan kenyataan selepas daripada Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan perkara ini juga menunjukkan bahawa baginda sentiasa memikirkan tentang nasib rakyat dan tidak membuat keputusan secara melulu tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat.



“ Kenyataan hasutan yang dikeluarkan oleh UMANY juga hanya menyentuh perkara 40 di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Yang Di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat tanpa mereka merujuk kepada perkara 32 bahawa YDPA merupakan Ketua Utama Negara. Selain itu, perkara 39 juga menyatakan kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang Di-Pertuan Agong serta perkara 44 yang menyatakan kuasa perundangan Persekutuan hendaklah terletak hak pada Parlimen yang hendaklah terdiri daripada Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu catatan Facebook, hari ini.

Kata Izzat Hakim lagi, UMANY juga turut membuat cubaan untuk mengelirukan rakyat Malaysia dengan menyatakan bahawa Parlimen telah bersetuju dengan Belanjawan 2021 walaupun belum dibentangkan atas arahan daripada YDPA.

“Kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada 25 Oktober hanya menyatakan Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.”



“UMANY telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta menghasut rakyat Malaysia. Perkara ini adalah merupakan perkara yang amat biadap dan tidak sepatutnya dilakukan oleh warganegara Malaysia apatah lagi oleh sebuah badan yang membawa nama mahasiswa.

“Saya mewakili UMNOsiswaUKM dengan ini meminta pihak berkuasa untuk menyiasat serta mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya terhadap pihak yang cuba menghina institusi Raja dan mencuba untuk mengganggu gugat keharmonian negara,” ujarnya – UMNO Online

UM siasat hantaran FB Umany pertikai kuasa Agong



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker