Identiti pelajar Malaysia yang maut di Taiwan dikenal pasti · MYKMU.NET

Identiti pelajar Malaysia yang maut di Taiwan dikenal pasti

Share

Pihak berkuasa Taiwan mengesahkan identiti pelajar Malaysia yang ditemui mati berhampiran daerah Alian, Kaohsiung pada 29 Okt, sebagai pelajar tahun ke-3 di Chang Jung Christian University di Tainan City yang dilaporkan hilang pada 28 Okt.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak kementerian, melalui Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei, akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada ibu bapa pelajar berkenaan yang dijadualkan tiba di Taipei hari ini.

“Kementerian Luar mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar itu.

“Semua pelajar Malaysia di Taiwan dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa berhati-hati dengan keselamatan diri.

“Pelajar dan warga Malaysia di Taiwan juga dinasihatkan untuk mendaftar dengan Pusat Persahabatan dan Perdagangan Malaysia di Taipei,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Luar berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan dalam memberi bantuan konsular kepada ibu bapa pelajar Malaysia yang maut di Kaohsiung, yang dijadual tiba di Taipei hari ini. Bernama

Tun M miliki hampir 100 juta keping wang kertas RM500, RM1,000?

Leave a Reply