UM siasat hantaran FB Umany pertikai kuasa Agong

Universiti Malaya (UM) akan menjalankan siasatan berhubung satu hantaran bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) menerusi laman Facebook.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM hari ini, universiti itu memandang serius hantaran badan pelajar berdaftar berkenaan.

“UM menjunjung dan menghormati institusi beraja.

“Oleh yang demikian, pengurusan tertinggi universiti mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut,” demikian menurut kenyataan itu. Bernama

Sebelum ini perkara ini telah dibangkitkan oleh Dr Kamarul Yusoff.

Biadapnya Pertubuhan Pelajar Cina Pro Dap UM Terhadap YDPA

GPMS juga telah mengecam perbuatan Umany ini.

GPMS kecam kenyataan provokasi UMANY

Kita harap pihak UM mengambil tindakan tegas terhadap mereka agar tiada lagi yang berani bertindak biadap seperti mereka.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker