Agong telah tolak, tak wajar Muhyiddin terus bangkit soal darurat · MYKMU.NET

Agong telah tolak, tak wajar Muhyiddin terus bangkit soal darurat

Share

 

Tidak wajar untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terus membangkitkan perihal darurat setelah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menolak pengisytiharannya, kata wartawan veteran A Kadir Jasin.

Kadir yang merupakan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu berkata, Muhyiddin sepatutnya memberi keutamaan terhadap Belanjawan 2021, apatah lagi setelah PH dan Umno menyatakan sedia untuk berbincang tentangnya.

“Adalah tidak wajar malah nampak sangat ‘ke-desperado-an’ Muhyiddin apabila dia terus mengungkit mengenai darurat.

“Cukuplah, Yang di-Pertuan Agong sudah tolak. Lagipun, kalau kita tengok reaksi di media sosial, majoriti tidak setuju darurat diisytiharkan,” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Kadir mengulas perutusan khas Muhyiddin semalam, yang antara lain menyuarakan kebimbangan PRK Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan memburukkan lagi penularan Covid-19, dan hanya pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dapat menangguhkannya.

Nampak sangat darurat Abah darurat politik!

Ia di tengah-tengah kebimbangan dua pilihan raya itu akan memburukkan lagi penularan Covid-19, seperti yang terjadi di Sabah setelah tamatnya PRN pada September lalu.

Bagaimanapun bagi Kadir, risiko penularan akibat PRK Batu Sapi di Sabah – yang dijadual berlangsung Disember ini – tidak sebesar ketika PRN dahulu.

PRN Sarawak pula, katanya lagi, tidak perlu diadakan segera kerana penggal DUN Sarawak hanya akan tamat sembilan bulan lagi, iaitu pada 7 Ogos 2021.

“Insya-Allah menjelang saat itu, masalah Covid-19 sudah diatasi atau lebih terkawal dengan syarat kita semua memberi kerjasama (dalam usaha mengekangnya),” katanya lagi.

Setelah berbincang dengan Raja-raja Melayu pada 25 Oktober lalu, Sultan Abdullah bertitah bahawa tiada keperluan untuk megisytiharkan darurat di Malaysia atau “mana-mana bahagian” di negara ini, seperti yang diminta Muhyiddin.

Dalam pada itu, Kadir sekali lagi membangkitkan kesahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat yang menurutnya antara cabaran yang perlu dihadapi PN ketika sidang nanti.

“Semua pihak akan berusaha meluluskan Belanjawan 2021 agar pentadbiran negara tidak terjejas tetapi dengan kefahaman bahawa perbahasan usul percaya dan tidak percaya terhadap Muhyiddin akan dibenarkan.

“Dalam hal ini, tindak-tanduk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun akan terus diteliti,” katanya lagi.

Hampa, hanya darurat dapat halang pilihan raya – Muhyiddin

Leave a Reply